Tentang
Aku bernama Mohd Aidil Bin Omar. Aku di lahirkan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Aku mendapat Pendidikan awal di Tadika KEMAS Kampung Melayu Majidee. Kemudian aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari. Aku bersekolah Menengah pula di Sekolah Menengah Kebangsaan Saint Joseph dan Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki. Aku baru menjejakkan kaki ke alam Blogging ni dalam tahun 2008. Aku harap dapat banyak informasi tentang blogging dari blogger yang lain supaya dapat aku tingkatkan ilmu. Janganlah segan dan silu untuk memberi pendapat ataupun kritikan membina. Aku dikatakan masih belum kahwin tapi bukan bujang juga. Aku sudah mempunyai hubungan pertunangan dengan gadis pilihan hati. Kalau hendak berkawan masih lagi banyak borang yang kosong. Aku tulis apa yang aku suka, apa yang aku nampak, aku laungkan apa yang aku MAHU dan aku berleter pada apa yang aku TAHU
Akhir kata dariku… Selamat maju jaya demi blogging
