Dahsyatnya…

Filed Under (Informasi, Pengalaman, Tempat) by admin on 02-04-2008

Tagged Under : , ,


Image credit to google

Kita sering digemparkan dengan berita pelajar sekolah yang kerap bergaduh, buli dan budaya gangstarisme yang seakan akan menjadi trend kepada kebanyakan pelajar kita sekarang. Terutamanya pelajar Sekolah Menengah. Budaya buli dan gangstarisme ini bukan sahaja terdapat pada golongan pelajar lelaki sahaja malah telah pun menular umpama wabak yang tersebar kepada pelajar wanita.

Golongan pelajar wanita yang menganggap diri mereka gangster ini berlagak seperti lelaki (tom boy) adalah ketua dan pengikutnya perempuan yang telah dipengaruhi oleh keadaan dan pilihan yang ada pada ketika itu. Apa yang ingin aku sampaikan ini adalah berkenaan dengan gangstarisme golongan pelajar wanita di sekolah menengah. Sangat terkejut aku mendengar khabar angin dan melihat sendri situasi ini walaupun sudah lama mendengarnya.

Pada mulanya aku hanya menganggap pelajar wanita hanya akan bertengkar dan menolak satu sama lain tetapi bergaduh, bertumbuk, memijak, dan ada yang lebih teruk menggunakan barang untuk mencederakan lawannya. Perempuan HAPA nih yang sanggup mencederakan perempuan yang lain hanya kerana terlanggar bahu ketika berjalan menuju ke kelas?

Bukan ke sifat wanita itu lemah lembut, sopan ketika berbual, beradap ketika makan, pemalu, dan tidak kasar seperti lelaki. Korang rasa tak apa yang aku rasa kalau ini terjadi didepan mata korang sendiri?