Filed Under (Informasi, Peluang) by admin on 28-09-2008
Hari Raya bakal menjelma dua hari lagi kini aku masih menjalankan tugas sebagai kakitangan kerajaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya. Hari ini aku nak kongsikan sedikit tentang sebuah syarikat pengiklanan bergerak yang memasarkan produk-produk IKS seluruh Malaysia.
Syarikat BULUHMAS menyediakan perkhidmatan Promoter bergerak supaya dapat mengiklankan syarikat BULUHMAS secara bergerak dengan bayaran pendaftaran sebagai ahli sebanyak RM15 sahaja dan dibekalkan satu sticker motorsikal ataupun kereta.
Jika anda pernah dengar atau terpandang sticker pada kereta atau motorsikal yang lalu di hadapan anda tetapi tidak tahu di mana hendak bertanya sila hubungi saya di talian ini.
016-7844444
Mohd Aidil
Filed Under (Interaktif, sekilas) by admin on 15-09-2008
Hari ini Mohd Aidil nak kongsikan sedikit cerita tentang sambungan dari entri Jangan Bersedih Lagi di mana aku ada luahkan rasa bersalah, kecewa, kesal, sedih dan macam lagi aku kat entri tu.
Hari ini aku akan menulis sedikit sahaja kerana sangat gembira dengan harapan baru yang tuhan kurniakan buatku selama menanggung derita bersama dengan yang tercinta. Aku telah menemui bos lama aku dengan muka yang tak berapa malu untuk menanyakan kerja sambilan dengannya.
Dengan tidak bermaya aku berjalan masuk ke cafe itu bos sudah menunggu dengan muka yang tak berapa nak senyum. Aku terfikir yang aku akan dikecam dan disindir olehnya maka aku sudah bersedia dengan apa yang akan dikatakan oleh orang yang akan mengambil aku berkerja kelak. Read the rest of this entry »

Image credit to google
Dah lama sangat aku nak luahkan rasa hati tapi tak terucap dengan kata-kata. Aku cuba pendam dan aku cuba rasakan apa yang dia rasakan namun gagal temui jawapan.
Setelah beberapa ketika aku memendam rasa dan menyimpan rasa bersalah ini, ku temui jalan untuk aku luahkan rasa melalui sebuah lagu Cuma maksudnya bukanlah 100% sama. Read the rest of this entry »
Dalam sebuah organisasi atau komuniti mestilah ada seorang yang bertanggung jawab menyelia atau menguruskan organisasi atau komuniti itu supaya berjalan dengan lancar dengan erti kata yang lain mengikut perancangan atau atur cara kerja yang telah di tetapkan.
Kenapa kita selalu menganggap orang yang dipertanggung jawabkan adalah orang yang tamak kuasa dan pangkat kerana senang menyuruh atau mengarah orang lain dalam organisasi atau komuniti itu sedangkan orang yang menyuruh atau mengarah itu hanya membuat kerja yang ringan berbanding orang yang di suruh atau di arah oleh nya.
Hakikat sebenar tidaklah begitu tidak adil pada mata kasar orang yang memandang tetapi tidak melihat dengan hati nya kerana hanya nampak kesenangan sebelah pihak sahaja. Read the rest of this entry »

Foto Oleh Metro
KUALA LUMPUR: Seorang terpaksa manakala seorang lagi rela, tetapi situasi dihadapi tetap sama — dijual suami yang malas kerja tetapi mahu hidup senang, walaupun terpaksa makan hasil ‘duit lendir’.
Begitulah nasib dua wanita yang menjadi pelacur dan pelayan pelanggan (GRO) selepas mendirikan rumah tangga dengan lelaki dicintai yang kononnya sanggup hidup susah senang bersama-sama hingga ke akhir hayat.
Zulaika, 35, dan Amelia, 30, yang dipertemukan dengan Metro Ahad dengan pertolongan sumber yang pernah menggunakan khidmat kedua-dua wanita Melayu beragama Islam itu, menceritakan pengalaman masing-masing dalam dunia hitam penuh noda dan dosa. Read the rest of this entry »

Gambar Oleh Mohd Aidil
Ekspo PKS 2008 telah berlangsung di Angsana JB pada 8, 9, dan 10hb Ogos 2008 yang lalu. Ekspo ini di anjurkan oleh TEKUN dan UPENS untuk usahawan kecil dan sederhana.
Seperti yang sedia maklum, Mohd Aidil juga turut serta dengan pameran Lintah dari Syarikat TD BUSINESS GROUP. Berikut adalah laporan Ekspo PKS 2008 Angsana JB Read the rest of this entry »

Gambar Oleh Mohd Aidil
Sempena menunggu google update Mohd Aidil telah di landa suatu perasaan malas dan sangat sibuk dengan kursus lintah menyebabkan PAGE RANK Mohd Aidil Dot Com telah diturunkan dari 3 kepada 1. Malangnya nasib Mohd Aidil Dot Com.
Dengan itu sesungguhnya memang betullah kata-kata Noktah Hitam yang google update sukar diduga walaupun aku tahu yang aku belum cukup sedia untuk di-update-kan.
Jika sesiapa yang sama nasib dengan aku sila komen dibawah….

Gambar Oleh Mohd Aidil Dari Akhbar Metro
Pada 25hb Julai yang lalu aku ada menulis entri tentang kalaulah kita bersatu… Mungkin entri aku kali ni berbeza dengan entri sebelumnya tetapi ada kait mengait dengan kaum melayu itu sendiri. Harian Metro hari ini telah digemparkan dengan satu berita yang kita tak pernah fikir atau memang fikir kejadian ini memang tidak dapat atau tidak boleh dilakukan dari segi ukum syarak tetapi telah dilakukan oleh seorang ustaz yang beragama islam demi mengambil kesempatan terhadap seorang ibu tunggal. Read the rest of this entry »

Gambar Oleh Mohd Aidil
Aku dah lama nak tulis entri tentang MELAYU TAKKAN HILANG DI DUNIA tapi masih ragu-ragu dengan isi kandungan yang aku katakan akan menyinggung perasaan ramai orang melayu yang membacanya nanti. Bila MEGAT mula menyuarakan pendapatnya maka kini giliran Mohd Aidil dah tiba. Aku bukan nak kata pandai atau hebat sangat tapi tidakkah kau rasa yang melayu hampir kecundang dalam perjuangan di tanah sendiri? Read the rest of this entry »
Filed Under (pelik, permainan, rileks) by admin on 18-07-2008
DALAM masyarakat majmuk di negara kita, pelbagai jenis kebudayaan dan kesenian ada pada masyarakat masing-masing.
Kedatangan masyarakat Jawa ke tanah air kita terutamanya di selatan Semenanjung beberapa kurun yang lalu telah membawa banyak kesenian yang kini hampir dilupakan, dibawa oleh arus kemewahan teknologi moden.
Banyak kesenian masyarakat Jawa seperti kuda kepang, wayang kulit, ketoprak, barongan, pencak silat dan kempling hampir dilupakan oleh generasi baru kerana usaha-usaha untuk memeliharanya tiada. Read the rest of this entry »