
Gambar Oleh Mohd Aidil
Ekspo PKS 2008 telah berlangsung di Angsana JB pada 8, 9, dan 10hb Ogos 2008 yang lalu. Ekspo ini di anjurkan oleh TEKUN dan UPENS untuk usahawan kecil dan sederhana.
Seperti yang sedia maklum, Mohd Aidil juga turut serta dengan pameran Lintah dari Syarikat TD BUSINESS GROUP. Berikut adalah laporan Ekspo PKS 2008 Angsana JB Read the rest of this entry »
Filed Under (Informasi, Peluang) by admin on 17-07-2008
Kursus ternakan lintah akan diadakan di dalam jangka waktu terdekat ini.
Kursus ternakan lintah ini akan di adakan pada 26 dan 27 hb Julai ini. Buat pengetahuan anda, kursus 2 hari ini meliputi ternakan lintah secara teori dan praktikal. Modul kursus termasuk teknik-teknik penternakan lintah, bekam lintah secara teori dan praktikal dan membuat minyak lintah. Tempat adalah terhad.
Berikut adalah butir-butir mengenai kursus tersebut:
Yuran kursus: RM1000.
Yuran adalah termasuk:
: Penginapan.
: Makan dan minum.
: Sijil kursus asas menternak lintah.
: Sijil kursus bekam lintah
: Lawatan tapak yang akan diaturkan oleh syarikat.
* Tempat adalah terhad.
* Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
Nama No hp
En Mutalib 012-7670204
Pn Azleen 012-7151362
Pn Rozlina 012-7002683
Mohd Aidil 016-7844444
*** Kami menawarkan kontrak farming bagi mereka yang berminat.

Foto Oleh Mohd Aidil
Setelah berbulan Mohd Aidil tidak menulis entri kini aku kembali lagi dengan topik lintah dan bekam lintah. Aku mengalami kesibukan yang amat sangat sehingga terlepas pandang kepada perkara yang sepatutnya aku buat dalam tempoh kesibukan aku itu.
Setelah membuat jadual yang sangat rapi dan sibuk mengisi masa bersama isteri dan kawan-kawan serta kerja yang tak pernah habis menunggu aku, kini aku akan membahagikan masa untuk isteri, kerja dan kawan. Berbalik kepada entri aku hari ini pasal lintah dan bekam lintah.
Pada 28hb dan 29hb Jun yang lalu Mohd Aidil telah mempengerusikan sebuah kursus ternakan lintah yang di anjurkan oleh TD BUSINESS GROUP di Hotel Good Hope Skudai. Terdapat beberapa perkara baru yang dapat dikongsikan oleh Mohd Aidil untuk semua pembaca. Antaranya adalah bekam lintah yang dialami sendiri Mohd Aidil kerana mengalami sakit kepala pada hari tersebut. Bekam lintah ini sangat bagus dan berkesan jika digabungkan dengan teknologi akupuntur kerana lintah akan menghisap darah yang kotor sahaja dan mengeluarkan toksin serta penyakit dari badan kita. Read the rest of this entry »
Filed Under (Informasi) by admin on 11-06-2008
Satu lagi kursus ternakan lintah akan diadakan di dalam jangka waktu terdekat ini.
Kursus ternakan lintah ini akan di adakan pada 28 dan 29 hb June ini. Buat pengetahuan anda, kursus 2 hari ini meliputi ternakan lintah secara teori dan pratikal. Modul kursus termasuk teknik-teknik penternakan lintah, bekam lintah secara teori dan praktikal dan membuat minyak lintah. tempat terhad.
Berikut adalah butir-butir mengenai kursus tersebut:
Yuran kursus: RM999.
Yuran adalah termasuk:
: Penginapan.
: Makan dan minum.
: Sijil kursus.
: Lawatan tapak yang akan diaturkan oleh syarikat.
* Tempat adalah terhad.
* Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
Nama No hp
En Mutalib 012-7670204
Pn Azleen 012-7151362
Pn Rozlina 012-7002683
Mohd Aidil 016-7844444
*** Kami menawarkan kontrak farming bagi mereka yang berminat.

Foto Oleh Mohd Aidil
Seperti Entri Mohd Aidil sebelum ini, aku pernah ceritakan tentang ternakan lintah dan kursus usahawan lintah yang pernah Mohd Aidil kelolakan bersama Mejar Azman pada siri pertama.
Kali ini kejayaan Mohd Aidil buat kali ke-3 nya menganjurkan KURSUS USAHAWAN LINTAH siri 3 berjalan lancar atas usaha sama Mejar Azman dari GMTt dan TD AGROTECH dari TD BUSINESS GROUP Read the rest of this entry »

Foto oleh Mohd Aidil
Mohd Aidil sekali lagi di jemput ke satu pameran dalam kempen agrocultur yang di anjurkan oleh TEKUN NASIONAL di Ulu Tiram Johor pada hari Sabtu 10/5/2008 bersama Mejar Azman dan pihak TD AGROTECH. Read the rest of this entry »
Tempat: Hotel Naza Jalan Bukit Meldrum, Johor Bahru.
Tarikh: 17 Mei 2008 (9.00 pagi-5.00 petang), hari Sabtu.
Yuran : RM 500.00 *Termasuk minum pagi,makan tengah hari & minum petang.
**Bayaran RM500 ke dalam akaun GMTt (Maybank 562218202104)
Sila SMS Nama, No Tel, No. KP & Tarikh bayaran setelah pembayaran dibuat.
Kelebihan Kursus:
# Penceramah berpengalaman dari TD Business Group Sdn Bhd, sebuah syarikat
yang berpengalaman didalam bidang Perusahaan dan Ternakan lintah Komersial.
# Ceramah Keusahawanan (Entrepreneurship) oleh Pakar Motivasi Keusahawanan.
# Taklimat bantuan pinjaman dari pihak TEKUN.
# Penerangan mengatasi masaalah teknikal penternakan lintah.
# Sistem “Contract Farming” akan ditawarkan. Penerangan mengenai
perjanjian/ MOU diantara Vendor/ TD Agrotech oleh Peguam syarikat.
Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut:
Mohd Aidil (016-7844444)
Filed Under (Informasi, Peluang) by admin on 22-04-2008
1. Kursus di anjurkan oleh GMTt Sdn Bhd (Global Management Technology Training Sdn Bhd,
anak syarikat Maju Holdings).
2. Penceramah dari syarikat Usahawan Lintah yang berpengalaman lebih 2 tahun dan telah
berjaya dengan export ke Taiwan dan China. Ada MOU dengan
sebuah syarikat pharmacy besar luar negara. Syarikat ini juga telah mendapat sokongan
dari pihak Kementerian berkenaan serta TEKUN dan MARA.
3. Sijil akan dikeluarkan kepada peserta, ditanda tangani oleh MD GMTt dan syarikat
penceramah (TD AGROTECH).
4. Syarikat penceramah juga akan menawarkan ” Contract Farming” kepada mereka yang
berminat dan layak.
5. Ternakan Lintah tidak perlu tanah yang begitu besar. Boleh diternak di kawasan rumah yang
mempunyai ruang tanah sekeliling rumah kerana tidak perlu kolam besar yang digali.
6. Kursus termasuk taklimat bantuan dari TEKUN dan MARA dan juga Motivasi
Keusahawanan dari Dr Ahmadzon Abdullah ( MD GMTt/ Group Director HR, Maju Holding).
Tarikh: 26 April 2008
Tempat: Hotel MSUITE
Jam: 9.00am - 5.00pm
Jika berminat sila hubungi saya di talian ini 0167844444 MOHD AIDIL

Image credit to Google
Hari ini MOHD AIDIL diberi informasi tentang FOREX. Persoalannya adakah FOREX menguntungkan?. Jawapannya adalah ya… memang menguntungkan bagi mereka yang tahu untuk meniagakan wang mereka dalam pasaran FOREX ini macam saham juga tetapi yang bezanya FOREX ini membolehkan kita mengaut untung berkali ganda jika kena dengan gayanya.
Kenapa kita selalu gagal dalam meniagakan wang dalam FOREX?. Ini kerana kita tidak mempunyai pengetahuan yang secukupnya tentang bagaimana pasaran FOREX ini dijalankan dan bagaimana berita semasa dunia mempengaruhi perjalanan pasaran FOREX ini.
Mungkin kita menganggap bahawa FOREX ini memang senang nak untung tapi pada hakikatnya adalah sebaliknya. MOHD AIDIL mengenali beberapa orang yang memang tahu tentang pasaran FOREX ini dan memang jadikan FOREX ini sumber pendapatan mereka. Atas dasar keselamatan mereka nama tidak perlu diberitahu kerana pernah dirompak dan diugut oleh mereka yang berniat jahat dan ingin mencari keuntungan secara senang tanpa berkerja.
Orang yang dimaksudkan MOHD AIDIL memberitahu bahawa FOREX ini sangat menguntungkan jika kita sanggup belajar dan memahaminya terlebih dahulu. Ada beberapa individu yang menawarkan Kursus belajar FOREX ini dengan bayaran yang berpatutan. Salah satunya KUASA FOREX.
Anda akan ditunjuk ajar oleh pakar dalam meniagakan wang di pasaran FOREX ini dengan cara yang paling selamat tetapi masih berisiko. Banyak lagi MOHD AIDIL hendak beritahu tetapi keadaan tidak mengizinkan. Jadi jika mahu pengetahuan tentang FOREX ini sila layari website-website FOREX yang anda tahu sebelum menghadiri mana-mana kursus.
KALAU NAK LEBIH SELAMAT PELABURAN YANG KITA BUAT MELABURLAH DI ASB, BOND, MUTUAL FUND DAN FIXED DEPOSIT. TAK GITU?

Image credit to Web Digital
Baru-baru ini Mohd Aidil dan Mejar (R) Azman Al-Rashid dari GMTt telah menganjurkan sebuah kursus untuk menjadikan peserta kursus sebagai usahawan lintah yang berjaya. Kursus tersebut diadakan di Hotel MSUITE johor bahru dari jam 9.00 pagi hingga jam 5.30 petang. Seramai 10 orang peserta berjaya menghadirkan diri dalam kursus yang kami adakan. Tempahan dibuat melalui telefon dan juga datang terus ke venue. Kursus ini adalah kerjasama dengan TD AGROTECH. Read the rest of this entry »