Apa kes ni?

Filed Under (Informasi, Interaktif, Pengalaman, pelik) by admin on 06-04-2008

Tagged Under : ,

image016.jpg
Image credit to Harian Metro

Entah lah apa nak jadi dengan dunia sekarang ni. Aku memang dah lama nak post entri ni tapi tak berkesempatan nak berbuat begitu sebab kesibukan melanda menjelang persiapan nak kahwin ni. Disini aku mahu tekankan bahawa masalah sekarang ni memang dah terlalu teruk melanda MALAYSIA. Lebih-lebih lagi dalam gejala DADAH yang banyak melibatkan kaum melayu di tahap tertinggi carta hit PENAGIH DADAH.

Paling aku kesalkan tak mencukupi menghisap bersama kawan seperjuangan malah ada yang membawa anak mereka sekali apabila melakukan aktiviti tersebut. Apakah mereka ini tidak mempunyai otak untuk berfikir? DADAH akan membawa kita kepada kerosakan akhlak dan akidah. Kenapa masih mahu libatkan kanak-kanak yang tidak tahu apa makna kehancuran? Aku sangat meluat melihat gambar yang memualkan seperti binatang yang tidak mempunyai akal untuk berfikir sedangkan binatang itu sendiri tidak mengajar anaknya ke arah kehancuran….

Bukan ke seorang bapa itu seharusnya mengajar anaknya tentang cara bagaimana mahu hidup secara sihat, beribadah, menghormati orang tua, mengaji, bersekolah, dan banyak lagi tentang cara peradaban manusia ke arah kebaikan DUNIA dan AKHIRAT?