Jangan Bersedih Lagi!

Filed Under (Interaktif, Pemilik, Pengalaman, rileks, sekilas) by admin on 04-09-2008

Tagged Under : , ,

Image credit to google

Dah lama sangat aku nak luahkan rasa hati tapi tak terucap dengan kata-kata. Aku cuba pendam dan aku cuba rasakan apa yang dia rasakan namun gagal temui jawapan.

Setelah beberapa ketika aku memendam rasa dan menyimpan rasa bersalah ini, ku temui jalan untuk aku luahkan rasa melalui sebuah lagu Cuma maksudnya bukanlah 100% sama. Read the rest of this entry »

Kita Adalah Pemimpin

Filed Under (Informasi, Pemilik, sekilas) by admin on 19-08-2008

Tagged Under : , ,

Dalam sebuah organisasi atau komuniti mestilah ada seorang yang bertanggung jawab menyelia atau menguruskan organisasi atau komuniti itu supaya berjalan dengan lancar dengan erti kata yang lain mengikut perancangan atau atur cara kerja yang telah di tetapkan.

Kenapa kita selalu menganggap orang yang dipertanggung jawabkan adalah orang yang tamak kuasa dan pangkat kerana senang menyuruh atau mengarah orang lain dalam organisasi atau komuniti itu sedangkan orang yang menyuruh atau mengarah itu hanya membuat kerja yang ringan berbanding orang yang di suruh atau di arah oleh nya.

Hakikat sebenar tidaklah begitu tidak adil pada mata kasar orang yang memandang tetapi tidak melihat dengan hati nya kerana hanya nampak kesenangan sebelah pihak sahaja. Read the rest of this entry »

Suami Jenis Apa Nih????

Filed Under (Informasi, Interaktif, Pemilik, sekilas) by admin on 17-08-2008

Tagged Under : , ,

Foto Oleh Metro

KUALA LUMPUR: Seorang terpaksa manakala seorang lagi rela, tetapi situasi dihadapi tetap sama — dijual suami yang malas kerja tetapi mahu hidup senang, walaupun terpaksa makan hasil ‘duit lendir’.

Begitulah nasib dua wanita yang menjadi pelacur dan pelayan pelanggan (GRO) selepas mendirikan rumah tangga dengan lelaki dicintai yang kononnya sanggup hidup susah senang bersama-sama hingga ke akhir hayat.

Zulaika, 35, dan Amelia, 30, yang dipertemukan dengan Metro Ahad dengan pertolongan sumber yang pernah menggunakan khidmat kedua-dua wanita Melayu beragama Islam itu, menceritakan pengalaman masing-masing dalam dunia hitam penuh noda dan dosa. Read the rest of this entry »

Google Update!!

Filed Under (Informasi, Pemilik, Pengalaman, sekilas) by admin on 04-08-2008

Tagged Under : , ,

06112007002.jpg
Gambar Oleh Mohd Aidil

Sempena menunggu google update Mohd Aidil telah di landa suatu perasaan malas dan sangat sibuk dengan kursus lintah menyebabkan PAGE RANK Mohd Aidil Dot Com telah diturunkan dari 3 kepada 1. Malangnya nasib Mohd Aidil Dot Com.

Dengan itu sesungguhnya memang betullah kata-kata Noktah Hitam yang google update sukar diduga walaupun aku tahu yang aku belum cukup sedia untuk di-update-kan.

Jika sesiapa yang sama nasib dengan aku sila komen dibawah….

Melayu memang dah “Me-Layu”

Filed Under (Informasi, Interaktif, sekilas) by admin on 28-07-2008

Tagged Under : , ,

img0056a.jpg
Gambar Oleh Mohd Aidil Dari Akhbar Metro

Pada 25hb Julai yang lalu aku ada menulis entri tentang kalaulah kita bersatu… Mungkin entri aku kali ni berbeza dengan entri sebelumnya tetapi ada kait mengait dengan kaum melayu itu sendiri. Harian Metro hari ini telah digemparkan dengan satu berita yang kita tak pernah fikir atau memang fikir kejadian ini memang tidak dapat atau tidak boleh dilakukan dari segi ukum syarak tetapi telah dilakukan oleh seorang ustaz yang beragama islam demi mengambil kesempatan terhadap seorang ibu tunggal. Read the rest of this entry »

Kalaulah Kita Bersatu…..

Filed Under (Informasi, Interaktif, Pengalaman) by admin on 25-07-2008

Tagged Under : , ,

image036.jpg
Gambar Oleh Mohd Aidil

Aku dah lama nak tulis entri tentang MELAYU TAKKAN HILANG DI DUNIA tapi masih ragu-ragu dengan isi kandungan yang aku katakan akan menyinggung perasaan ramai orang melayu yang membacanya nanti. Bila MEGAT mula menyuarakan pendapatnya maka kini giliran Mohd Aidil dah tiba. Aku bukan nak kata pandai atau hebat sangat tapi tidakkah kau rasa yang melayu hampir kecundang dalam perjuangan di tanah sendiri? Read the rest of this entry »

Sempena menantikan PR4 Untuk Next Google Update Mohd Aidil Dot Com

Filed Under (Interaktif, Pengalaman, rileks) by admin on 24-05-2008

Tagged Under : , ,

image186.jpg
Foto oleh Mohd Aidil

Tepat jam 12 tengah malam Hari Isnin yang lalu Mohd Aidil berasa sangat gembira dengan suatu berita yang beliau sendiri tidak menyangka akan dapat. Mohd Aidil Dot Com telah di UPDATE oleh GOOGLE dan sekali gus mendapat PR3 pada update yang pertama setelah berpenat lelah 3 bulan berblogging. Read the rest of this entry »

Bestnya Hari Buruh!!!

Filed Under (Informasi, Interaktif, Pengalaman, rileks) by admin on 30-04-2008

Tagged Under : ,

image034.jpg
Foto oleh Mohd Aidil

Sempena Hari Buruh ni Mohd Aidil ingin mengucapkan terima kasih kepada Rohaizad kerana menulis satu entri tentang Hari Buruh. Sebelum aku berkerja sebagai penjawat awam, aku juga sama seperti Rohaizad yang berkerja di shopping kompleks sibuk melayan pelanggan yang datang membeli belah.

Dahulunya aku berkerja sebagai pelayan di sebuah restoran makanan segera. Dalam sibuk menyambut Hari Buruh aku pulak sibukkan diri aku melayan pelanggan kerana gajinya dua kali ganda daripada hari biasa. Sekarang aku rasa bebas kerana pada Hari Buruh aku juga seperti orang lain yang bercuti dengan ahli keluarga mereka walaupun tak lah dapat gaji.

Dan paling bestnya hari ini adalah Mummy aku menyambut hari lahirnya yang ke 49 tahun. HAPPY BIRTHDAY MUMMY!!!!

Al-Quran Terkecil Di Dunia

Filed Under (Informasi, Interaktif) by admin on 29-04-2008

Tagged Under : ,


Foto oleh Metro

Ketika aku sedang berehat setelah lama aku tak menulis entri, aku terbaca akhbar METRO satu berita yang menarik minat untuk aku post pada hari ni. Di DUBAI sebuah syarikat MIR ENTERPRISE telah menghasilkan Al-Quran terkecil didunia yang ditulis dengan platinum diatas batu nilam sebesar 58 kali 98 milimeter dan hanya boleh di baca dengan mikroskop.

Setiap satu dijual dengan harga RM12,800 dan batu yang di kenali sebagai MEQA ( Seni Kejuruteraan Mikro Al-Quran ) mengambil masa 2 tahun untuk di hasilkan. Permukaan batu dilindungi selapis kuartza bagi memasikan ayat tidak dapat disentuh. Al-Quran ini juga boleh dihadiahkan sebagai hantaran kahwin.

TERLINTAS PULAK DIFIKIRAN AKU BOLEHKAH KITA MENGGUNAKAN AL-QURAN YANG BEGITU MAHAL HARGANYA UNTUK KEGUNAAN MEMBACA? APAKAH HUKUMNYA KALAU KITA TERLUPA DAN MEMBAWANYA MASUK KE DALAM TANDAS? MANA LEBIH PRAKTIKAL BERBANDING DENGAN AL-QURAN LAMA YANG LEBIH MURAH?

Paid post pertama Mohd Aidil

Filed Under (Informasi, Interaktif, Peluang, Pemilik, rileks, sekilas) by admin on 21-04-2008

Tagged Under : ,


Image credit to google

Hari ini Mohd Aidil berasa sangat senang hati kerana berjaya mendapat satu kerja dari Buy Blog tetapi sedang menunggu approval. Ok lah tu… Mohd Aidil pun baru sahaja berkecimpung dalam blogging dan paid post ni. klik sini untuk review paid post yang aku dah buat.