
Sedang aku mencari entri yang menarik untuk aku post pada hari ini aku terjumpa satu entri yang sangat menarik perhatian aku dan mungkin perhatian korang juga. Entri ni dalam bahasa Inggeris dan aku cuba terjemahkan. Aku taklah berapa pandai dalam bahasa Inggeris ni kalau salah maksudnya maafkan aku. Read the rest of this entry »
Sebab aku berasa bosan dengan apa yang aku buat selama ini nak tukar selera..
Mungkin aku iri hati dengan kawan-kawan yang mempunyai blog sendiri…
Sebab aku mempunyai idea tetapi tak tahu nak utarakan dimana…..
Mungkin aku tidak tahu bagaimana nak mengetengahkan pendapat aku dan kawan aku dimana…..
Sebab aku rasa seperti mempunyai sebuah syarikat yang mesti diuruskan setiap hari….
Dalam banyak-banyak MUNGKIN dan SEBAB yang diatas aku hanya insan biasa yang mempunyai hati dan perasaan untuk mencuba dan mempelajari sesuatu yang baru. Kini atas bantuan seorang rakan yang aku anggap sudah berjaya dalam arena ini dan kredit ini ditujukan kepada beliau yang tidak mahu orang lain atau BLOGGER lain tahu identiti beliau. Terima kasih aku ucapkan atas bantuan beliau atas usaha menjadikan aku sebagai seorang BLOGGER. On the way…. Thanks bro!!