Mengapa Aku Blogging?

Filed Under (Pemilik, Pengalaman, rileks) by admin on 26-03-2008

Tagged Under : ,

Sebab aku berasa bosan dengan apa yang aku buat selama ini nak tukar selera..

Mungkin aku iri hati dengan kawan-kawan yang mempunyai blog sendiri…

Sebab aku mempunyai idea tetapi tak tahu nak utarakan dimana…..

Mungkin aku tidak tahu bagaimana nak mengetengahkan pendapat aku dan kawan aku dimana…..

Sebab aku rasa seperti mempunyai sebuah syarikat yang mesti diuruskan setiap hari….

Dalam banyak-banyak MUNGKIN dan SEBAB yang diatas aku hanya insan biasa yang mempunyai hati dan perasaan untuk mencuba dan mempelajari sesuatu yang baru. Kini atas bantuan seorang rakan yang aku anggap sudah berjaya dalam arena ini dan kredit ini ditujukan kepada beliau yang tidak mahu orang lain atau BLOGGER lain tahu identiti beliau. Terima kasih aku ucapkan atas bantuan beliau atas usaha menjadikan aku sebagai seorang BLOGGER. On the way…. Thanks bro!!

Letihnya Hari ni….

Filed Under (Pemilik, rileks) by admin on 25-03-2008

Tagged Under : , ,


Image credit to google

Hari ini Mohd Aidil Ingin menjawab persoalan yang di timbulkan Di Rohaizad Dot Com dalam postnya yang bertajuk blogging untuk glamour atau blogging untuk duit?

Aku ingin mengatakan disini bahawa bagi aku blogging adalah untuk seronok pada mulanya dan duit akan datang kemudian jika content yang diketengahkan oleh sesuatu blog itu adalah dari idea asal dan bukan lah ditiru atau dicuri bagi membolehkan blogger itu dianggap sebagai blogger sejati.

Aku akui bahawa dalam dunia blogging ini memang sangat baru bagi aku yang sangat tidak tahu tentang apa itu blog sebelum ni. Mungkin korang pun alami peristiwa yang sama dengan aku, Rohaizad, Mohd Ismail, dan blogger yang lainnya di alam siber ini. Maaf ye Rohaizad dan Mael, aku terpaksa tag korang untuk entri aku kali ni.
Read the rest of this entry »

Kenapa Orang Menggigit kuku…..

Filed Under (Informasi, Interaktif, Lucu, Sukan, rileks) by admin on 20-03-2008

Tagged Under : , , , , ,

Entri Mohd Aidil kali ini berbeza dengan entri yang lain sebelum ni. Aku cuba mengupas kenapa orang suka menggigit kuku. Banyak jawapan yang diberikan contohnya, syiookk, boring, saje je, nape kau susah ke? mak kau sakit ke kalau aku gigit kuku? dan bermacam -macam lagi. Jadi aku membuat ulasan yang aku sendiri tak mahu tahu. Orang yang suka menggigit kuku ni bukanlah mempunyai masalah kesihatan mahupun sindrom tertentu tetapi mereka ni suka melakukan sesuatu untuk memenuhi masa mereka yang terluang. Aku tengok orang yang macam ni tiada apa yang dirisaukan sebab mereka ni tak ganggu orang lain pun. Cuma aku pelik kenapa mereka ni suka gigit kuku, kenapa tak nak buat sesuatu yang faedahnya lebih sikit dari gigit kuku? Main gasing ke? Main guli ke? Main congkak ke? Pernah korang fikir nak gigit kuku?

LU FIKIR LAH SENDIRI!!! (KATA RAJA LAWAK)

aidil2.jpg