
Image credit to google
Dah lama sangat aku nak luahkan rasa hati tapi tak terucap dengan kata-kata. Aku cuba pendam dan aku cuba rasakan apa yang dia rasakan namun gagal temui jawapan.
Setelah beberapa ketika aku memendam rasa dan menyimpan rasa bersalah ini, ku temui jalan untuk aku luahkan rasa melalui sebuah lagu Cuma maksudnya bukanlah 100% sama. Read the rest of this entry »
Dalam sebuah organisasi atau komuniti mestilah ada seorang yang bertanggung jawab menyelia atau menguruskan organisasi atau komuniti itu supaya berjalan dengan lancar dengan erti kata yang lain mengikut perancangan atau atur cara kerja yang telah di tetapkan.
Kenapa kita selalu menganggap orang yang dipertanggung jawabkan adalah orang yang tamak kuasa dan pangkat kerana senang menyuruh atau mengarah orang lain dalam organisasi atau komuniti itu sedangkan orang yang menyuruh atau mengarah itu hanya membuat kerja yang ringan berbanding orang yang di suruh atau di arah oleh nya.
Hakikat sebenar tidaklah begitu tidak adil pada mata kasar orang yang memandang tetapi tidak melihat dengan hati nya kerana hanya nampak kesenangan sebelah pihak sahaja. Read the rest of this entry »

Foto Oleh Metro
KUALA LUMPUR: Seorang terpaksa manakala seorang lagi rela, tetapi situasi dihadapi tetap sama — dijual suami yang malas kerja tetapi mahu hidup senang, walaupun terpaksa makan hasil ‘duit lendir’.
Begitulah nasib dua wanita yang menjadi pelacur dan pelayan pelanggan (GRO) selepas mendirikan rumah tangga dengan lelaki dicintai yang kononnya sanggup hidup susah senang bersama-sama hingga ke akhir hayat.
Zulaika, 35, dan Amelia, 30, yang dipertemukan dengan Metro Ahad dengan pertolongan sumber yang pernah menggunakan khidmat kedua-dua wanita Melayu beragama Islam itu, menceritakan pengalaman masing-masing dalam dunia hitam penuh noda dan dosa. Read the rest of this entry »

Gambar Oleh Mohd Aidil
Ekspo PKS 2008 telah berlangsung di Angsana JB pada 8, 9, dan 10hb Ogos 2008 yang lalu. Ekspo ini di anjurkan oleh TEKUN dan UPENS untuk usahawan kecil dan sederhana.
Seperti yang sedia maklum, Mohd Aidil juga turut serta dengan pameran Lintah dari Syarikat TD BUSINESS GROUP. Berikut adalah laporan Ekspo PKS 2008 Angsana JB Read the rest of this entry »

Gambar Oleh Mohd Aidil
Sempena menunggu google update Mohd Aidil telah di landa suatu perasaan malas dan sangat sibuk dengan kursus lintah menyebabkan PAGE RANK Mohd Aidil Dot Com telah diturunkan dari 3 kepada 1. Malangnya nasib Mohd Aidil Dot Com.
Dengan itu sesungguhnya memang betullah kata-kata Noktah Hitam yang google update sukar diduga walaupun aku tahu yang aku belum cukup sedia untuk di-update-kan.
Jika sesiapa yang sama nasib dengan aku sila komen dibawah….

Foto Oleh Mohd Aidil
Setelah berbulan Mohd Aidil tidak menulis entri kini aku kembali lagi dengan topik lintah dan bekam lintah. Aku mengalami kesibukan yang amat sangat sehingga terlepas pandang kepada perkara yang sepatutnya aku buat dalam tempoh kesibukan aku itu.
Setelah membuat jadual yang sangat rapi dan sibuk mengisi masa bersama isteri dan kawan-kawan serta kerja yang tak pernah habis menunggu aku, kini aku akan membahagikan masa untuk isteri, kerja dan kawan. Berbalik kepada entri aku hari ini pasal lintah dan bekam lintah.
Pada 28hb dan 29hb Jun yang lalu Mohd Aidil telah mempengerusikan sebuah kursus ternakan lintah yang di anjurkan oleh TD BUSINESS GROUP di Hotel Good Hope Skudai. Terdapat beberapa perkara baru yang dapat dikongsikan oleh Mohd Aidil untuk semua pembaca. Antaranya adalah bekam lintah yang dialami sendiri Mohd Aidil kerana mengalami sakit kepala pada hari tersebut. Bekam lintah ini sangat bagus dan berkesan jika digabungkan dengan teknologi akupuntur kerana lintah akan menghisap darah yang kotor sahaja dan mengeluarkan toksin serta penyakit dari badan kita. Read the rest of this entry »
Tempat: Hotel Naza Jalan Bukit Meldrum, Johor Bahru.
Tarikh: 17 Mei 2008 (9.00 pagi-5.00 petang), hari Sabtu.
Yuran : RM 500.00 *Termasuk minum pagi,makan tengah hari & minum petang.
**Bayaran RM500 ke dalam akaun GMTt (Maybank 562218202104)
Sila SMS Nama, No Tel, No. KP & Tarikh bayaran setelah pembayaran dibuat.
Kelebihan Kursus:
# Penceramah berpengalaman dari TD Business Group Sdn Bhd, sebuah syarikat
yang berpengalaman didalam bidang Perusahaan dan Ternakan lintah Komersial.
# Ceramah Keusahawanan (Entrepreneurship) oleh Pakar Motivasi Keusahawanan.
# Taklimat bantuan pinjaman dari pihak TEKUN.
# Penerangan mengatasi masaalah teknikal penternakan lintah.
# Sistem “Contract Farming” akan ditawarkan. Penerangan mengenai
perjanjian/ MOU diantara Vendor/ TD Agrotech oleh Peguam syarikat.
Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut:
Mohd Aidil (016-7844444)

Foto by Mohd Aidil
Hari ini Mohd Aidil melawat kawasan ternakan lintah dan membuat sedikit perbincangan dengan Mejar Azman iaitu rakan kongsi Mohd Aidil. Aku datang tepat jam 12 tengah hari.
Aku datang dan terus meninjau keadaan lintah-lintah kami. Kami dapati lintah-lintah tersebut sangat selesa dengan keadaan dalam tangki yang kami sediakan. Kami pun tak banyak nak ubah cara kehidupan lintah ini. Kami sediakan tempat yang menyerupai habitat asal lintah ini. Read the rest of this entry »

Image credit to google
Hari ini Mohd Aidil berasa sangat senang hati kerana berjaya mendapat satu kerja dari Buy Blog tetapi sedang menunggu approval. Ok lah tu… Mohd Aidil pun baru sahaja berkecimpung dalam blogging dan paid post ni. klik sini untuk review paid post yang aku dah buat.

Image credit to google
Hari ini Mohd Aidil mempelajari sesuatu yang baru dalam blogging setelah penat lelah bersama Mejar Azman Al-Rashid menyiapkan tempat perlindungan lintah-lintah ternakan. Mohd Aidil berjaya mendaftar di Google Adsense dan berjaya memuatkan kod ke dalam salah sebuah blog kepunyaan Mohd Aidil iaitu Misterfund.