Kursus Usahawan Lintah Di Johor Bahru Pada 26hb dan 27hb Julai 2008

Filed Under (Informasi, Peluang) by admin on 17-07-2008

Tagged Under : , , ,

Kursus ternakan lintah akan diadakan di dalam jangka waktu terdekat ini.
Kursus ternakan lintah ini akan di adakan pada 26 dan 27 hb Julai ini. Buat pengetahuan anda, kursus 2 hari ini meliputi ternakan lintah secara teori dan praktikal. Modul kursus termasuk teknik-teknik penternakan lintah, bekam lintah secara teori dan praktikal dan membuat minyak lintah. Tempat adalah terhad.

Berikut adalah butir-butir mengenai kursus tersebut:

Yuran kursus: RM1000.
Yuran adalah termasuk:

: Penginapan.
: Makan dan minum.
: Sijil kursus asas menternak lintah.
: Sijil kursus bekam lintah
: Lawatan tapak yang akan diaturkan oleh syarikat.

* Tempat adalah terhad.
* Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
Nama No hp
En Mutalib 012-7670204
Pn Azleen 012-7151362
Pn Rozlina 012-7002683
Mohd Aidil 016-7844444

*** Kami menawarkan kontrak farming bagi mereka yang berminat.

Hubungan Lintah Dengan Mohd Aidil

Filed Under (Informasi, Interaktif, Peluang, rileks, sekilas) by admin on 20-05-2008

Tagged Under : , ,

image050.jpg
Foto Oleh Mohd Aidil

Seperti Entri Mohd Aidil sebelum ini, aku pernah ceritakan tentang ternakan lintah dan kursus usahawan lintah yang pernah Mohd Aidil kelolakan bersama Mejar Azman pada siri pertama.

Kali ini kejayaan Mohd Aidil buat kali ke-3 nya menganjurkan KURSUS USAHAWAN LINTAH siri 3 berjalan lancar atas usaha sama Mejar Azman dari GMTt dan TD AGROTECH dari TD BUSINESS GROUP Read the rest of this entry »

Kempen Agrocultur Anjuran TEKUN

Filed Under (Peluang, jalan-jalan, sekilas) by admin on 11-05-2008

Tagged Under : , , ,

image044.jpg

Foto oleh Mohd Aidil

Mohd Aidil sekali lagi di jemput ke satu pameran dalam kempen agrocultur yang di anjurkan oleh TEKUN NASIONAL di Ulu Tiram Johor pada hari Sabtu 10/5/2008 bersama Mejar Azman dan pihak TD AGROTECH. Read the rest of this entry »

Kursus Usahawan Lintah Siri 2/08

Filed Under (Informasi, Peluang) by admin on 22-04-2008

Tagged Under : , , ,

1. Kursus di anjurkan oleh GMTt Sdn Bhd (Global Management Technology Training Sdn Bhd,
anak syarikat Maju Holdings).

2. Penceramah dari syarikat Usahawan Lintah yang berpengalaman lebih 2 tahun dan telah
berjaya dengan export ke Taiwan dan China. Ada MOU dengan
sebuah syarikat pharmacy besar luar negara. Syarikat ini juga telah mendapat sokongan
dari pihak Kementerian berkenaan serta TEKUN dan MARA.

3. Sijil akan dikeluarkan kepada peserta, ditanda tangani oleh MD GMTt dan syarikat
penceramah (TD AGROTECH).

4. Syarikat penceramah juga akan menawarkan ” Contract Farming” kepada mereka yang
berminat dan layak.

5. Ternakan Lintah tidak perlu tanah yang begitu besar. Boleh diternak di kawasan rumah yang
mempunyai ruang tanah sekeliling rumah kerana tidak perlu kolam besar yang digali.

6. Kursus termasuk taklimat bantuan dari TEKUN dan MARA dan juga Motivasi
Keusahawanan dari Dr Ahmadzon Abdullah ( MD GMTt/ Group Director HR, Maju Holding).

Tarikh: 26 April 2008

Tempat: Hotel MSUITE

Jam: 9.00am - 5.00pm

Jika berminat sila hubungi saya di talian ini 0167844444 MOHD AIDIL

Paid post pertama Mohd Aidil

Filed Under (Informasi, Interaktif, Peluang, Pemilik, rileks, sekilas) by admin on 21-04-2008

Tagged Under : ,


Image credit to google

Hari ini Mohd Aidil berasa sangat senang hati kerana berjaya mendapat satu kerja dari Buy Blog tetapi sedang menunggu approval. Ok lah tu… Mohd Aidil pun baru sahaja berkecimpung dalam blogging dan paid post ni. klik sini untuk review paid post yang aku dah buat.

Adakah FOREX menguntungkan?

Filed Under (Informasi, Peluang, sekilas) by admin on 15-04-2008

Tagged Under : , ,


Image credit to Google

Hari ini MOHD AIDIL diberi informasi tentang FOREX. Persoalannya adakah FOREX menguntungkan?. Jawapannya adalah ya… memang menguntungkan bagi mereka yang tahu untuk meniagakan wang mereka dalam pasaran FOREX ini macam saham juga tetapi yang bezanya FOREX ini membolehkan kita mengaut untung berkali ganda jika kena dengan gayanya.

Kenapa kita selalu gagal dalam meniagakan wang dalam FOREX?. Ini kerana kita tidak mempunyai pengetahuan yang secukupnya tentang bagaimana pasaran FOREX ini dijalankan dan bagaimana berita semasa dunia mempengaruhi perjalanan pasaran FOREX ini.

Mungkin kita menganggap bahawa FOREX ini memang senang nak untung tapi pada hakikatnya adalah sebaliknya. MOHD AIDIL mengenali beberapa orang yang memang tahu tentang pasaran FOREX ini dan memang jadikan FOREX ini sumber pendapatan mereka. Atas dasar keselamatan mereka nama tidak perlu diberitahu kerana pernah dirompak dan diugut oleh mereka yang berniat jahat dan ingin mencari keuntungan secara senang tanpa berkerja.

Orang yang dimaksudkan MOHD AIDIL memberitahu bahawa FOREX ini sangat menguntungkan jika kita sanggup belajar dan memahaminya terlebih dahulu. Ada beberapa individu yang menawarkan Kursus belajar FOREX ini dengan bayaran yang berpatutan. Salah satunya KUASA FOREX.

Anda akan ditunjuk ajar oleh pakar dalam meniagakan wang di pasaran FOREX ini dengan cara yang paling selamat tetapi masih berisiko. Banyak lagi MOHD AIDIL hendak beritahu tetapi keadaan tidak mengizinkan. Jadi jika mahu pengetahuan tentang FOREX ini sila layari website-website FOREX yang anda tahu sebelum menghadiri mana-mana kursus.

KALAU NAK LEBIH SELAMAT PELABURAN YANG KITA BUAT MELABURLAH DI ASB, BOND, MUTUAL FUND DAN FIXED DEPOSIT. TAK GITU?

Usahawan Lintah

Filed Under (Peluang, Pemilik, rileks) by admin on 11-04-2008


Image credit to Sloone

Sekarang ni aku dah bergelar usahawan LINTAH dan akan meneruskan usaha menternak LINTAH ni sebaik yang mungkin. Aku baru sahaja mempelajari sedikit sebanyak tentang LINTAH ni. Spesis ni adalah suatu spesis yang unik di mana ia akan membiak dengan sendiri tanpa mengawan sesama mereka.

Kaedahnya senang sahaja, apabila cukup makan dan sihat , mereka akan bertelur dan menghasilkan kokun. Cukup masa sahaja kokun akan menjadi anak seperti ulat air, memang tak nampak. Apabila besar sehingga hampir 1 inci, maka anak tersebut akan dialihkan ke habitat yang lain. Ini kerana anak tersebut akan mula menghisap darah induknya sendiri. Genap pula 3 bulan hasilnya boleh lah dituai dan dijual. Selamat belajar…..

Kursus Usahawan Lintah

Filed Under (Informasi, Interaktif, Peluang, Pengalaman, Tempat, rileks) by admin on 08-04-2008

Tagged Under : ,

1. Kursus di anjurkan oleh GMTt Sdn Bhd (Global Management Technology Training Sdn Bhd,
anak syarikat Maju Holdings).

2. Penceramah dari syarikat Usahawan Lintah yang berpengalaman lebih 2 tahun dan telah
berjaya dengan export ke Taiwan dan China. Ada MOU dengan
sebuah syarikat pharmacy besar luar negara. Syarikat ini juga telah mendapat sokongan
dari pihak Kementerian berkenaan serta TEKUN dan MARA.

3. Sijil akan dikeluarkan kepada peserta, ditanda tangani oleh MD GMTt dan syarikat
penceramah.

4. Syarikat penceramah juga akan menawarkan ” Contract Farming” kepada mereka yang
berminat dan layak.

5. Ternakan Lintah tidak perlu tanah yang begitu besar. Boleh diternak di kawasan rumah yang
mempunyai ruang tanah sekeliling rumah kerana tidak perlu kolam besar yang digali.

6. Kursus termasuk taklimat bantuan dari TEKUN dan MARA dan juga Motivasi
Keusahawanan dari Dr Ahmadzon Abdullah ( MD GMTt/ Group Director HR, Maju Holding).

Tarikh: 13 April 2008

Tempat: Hotel MSUITE

Jam: 9.00am - 4.00pm

Jika berminat sila hubungi saya di talian ini 0167844444 MOHD AIDIL

Adakah Perniagaan Multilevel Marketing Itu Haram?

Filed Under (Interaktif, Peluang, Pengalaman, jalan-jalan, rileks) by admin on 22-03-2008

Tagged Under : , , , , , , , , , , , , ,

Sekali lagi Mohd Aidil dikirim berita yang agak mengelirukan semua. Aku sudah berjanji akan berjumpa dengan seorang rakan niaga pada jam 8 malam semalam di restoran Aliff Taman Putra. Sesampainya aku disana aku pun memesan minuman sebab dijangkakan pertemuan yang singkat. Setelah setengah berbual dan berbincang tentang pelaburan yang aku rancangkan untuk rakan niaga aku datang pula seorang lagi rakan hendak lepak bersama kami. Read the rest of this entry »

Gores dan menang!!!!!

Filed Under (Informasi, Interaktif, Peluang, Pengalaman) by admin on 18-03-2008

Hari ni Mohd Aidil tak ada apa nak dipostkan. Bank dah bertalu-talu telepon suruh bayar hutang. Aku terus menghala ke kereta aku dan zoom ke bank. Aku singgah sekejap di Osman untuk makan tengah hari. Aku pun beredar dalam setengah jam kemudian. Sampai bank aku settle hutang aku(untuk bulan ni je). Keluarnya aku menuju ke kereta datang seorang cina membawa beberapa bungkusan. ” Allo bos” sambil cina itu mengangkat tangan pada aku. Tanpa menghiraukan dia lalu aku pun masuk kereta.

“Tok! Tok!” cermin tingkap diketuk. Aku menurunkan sedikit sahaja cermin dan cina itu menghulurkan salah satu bungkusan. Aku menolak lalu cina itu menyatakan yang bungkusan itu hanya memerlukan pelanggan dan bukannya penipuan. Aku dengan fikiran positif lalu membukanya. Aku tak tahu apa-apa tentang gores dan menang ni. Aku tak paham langsung apa yang ditulis dalam bungkusan yang telah aku buka tadi. Mistery Gift!! aku pun tanya dengan bangganya dengan cina tu. Dia pun tak paham beb.. Aku lagi lah pening. Tulis dapat hadiah tapi bayang hadiah pun tak nampak. Aku dah lambat nak masuk kerja ni, ada pulak yang datang nak bagi hadiah.

KONONNYA!! Setelah bertanya tentang hadiah yang dimaksudkan lalu aku dibawa ke ofis tempat pemberian hadiah ni. Aku pun masuk dan diceramahkan begini ” Allo bos nama saya Alvin. You lapat ini tiket dimana huh?” Aku pun menjawab dengan selamba badak ” kawan you bagilah” Dengan muka tersenyum cina tu yang dianggap Supervisor pun menyambut tangan aku untuk salam ” you memang ada heng lah ini ali” Aku terpinga-pinga dibuatnya. ” you tahu tak you sulah menang haliah? you tahu apa haliah you menang tak?” Aku cuma gelengkan kepala tanda tak tahu lah. ” saya telang lulu ini haliah you menang ah. You tahu ini kampeni dali jepun punya Nakachima? Yusho? Kenko? Kawamichi? Manalah aku tahu syarikat ni wujud ke tidak kat Malaysia. Siap surat khabar lagi ada berita tentang GORES dan MENANG ni. Jadi aku rasa konfiden sikitlah. Nak jadikan cerita aku pun bertanya tentang hadiah misteri aku tadi. Lalu jawabnya memang ada cuma kena sertai pertandingan GORES dan MENANG baru boleh dapat hadiah misteri tu.

Banyak hadiah yang ditawarkan cuma bila aku gores je terus muncul gambar kereta Toyota Corolla Altis 1.6 beb. Melompat aku kat ofis tu. Aku mati-mati ingat dapat kereta tanpa bayar apa-apa. Supervisor tu pun cakap aku kena bayar sebanyak rm2598 untuk dapat kereta tu. “ale untung lah you!!” aku pun cakap takda duit nak bayar sekarang dan mereka kata ” kalau you tak ale luit tak apa loh, kita bukan along ma kita cuma mahu tolong.” Aku tak paham apa maksud cakap dia ni. Setelah berbincang dengan seorang lagi Supervisor dia pun menunjukkan aku jalan keluar dari masalah aku tadi. Aku terperanjat dengan keputusan mereka. “You balik lulu nanti bincang sama you punya pak you punya mak cali luit untuk bayar ini wang loh. You ale masa 3 ali untuk settle ini wang. Kalau lepas 3 ali ah kita kasi tutup ini haliah ah” Aku pun balik lah…

KORANG INGAT MEREKA NI NAK KASI KE HADIAH PERCUMA DENGAN HANYA MEMBERI TAK SAMPAI PUN 2% DARI HARGA KERETA YANG AKU DAPAT DARI GORESAN TADI? JANGAN HARAP BEB!!!!