Apa Itu Kempling?

Filed Under (pelik, permainan, rileks) by admin on 18-07-2008

Tagged Under : , ,

DALAM masyarakat majmuk di negara kita, pelbagai jenis kebudayaan dan kesenian ada pada masyarakat masing-masing.

Kedatangan masyarakat Jawa ke tanah air kita terutamanya di selatan Semenanjung beberapa kurun yang lalu telah membawa banyak kesenian yang kini hampir dilupakan, dibawa oleh arus kemewahan teknologi moden.

Banyak kesenian masyarakat Jawa seperti kuda kepang, wayang kulit, ketoprak, barongan, pencak silat dan kempling hampir dilupakan oleh generasi baru kerana usaha-usaha untuk memeliharanya tiada. Read the rest of this entry »

Adakah kita sudah berjaya?

Filed Under (Informasi, Pemilik, pelik, rileks, sekilas) by admin on 12-04-2008

Adakah kita sudah berjaya jika dapat selesaikan suatu masalah?

Adakah kita sudah berjaya jika dapat mencapai keinginan yang lama kita impikan?

Adakah kita sudah berjaya jika kita dapat menolong orang yang dalam kesusahan?

Adakah kita sudah berjaya jika kita dapat melakukan solat?

Adaka kita sudah berjaya jika kita dapat berkahwin?

Sebenarnya kita semua adalah makhluk ciptaan ALLAH yang sama dengan yang lain yang mempunyai akal fikiran untuk berfikir. Kita dijadikan tuhan untuk beribadat kepada NYA. Jadi kesemua diatas adalah kejayaan manusia walau hanya sedikit bakti yang dibuat pun dikira sebagai kejayaan dalam beribadat.

Apa kes ni?

Filed Under (Informasi, Interaktif, Pengalaman, pelik) by admin on 06-04-2008

Tagged Under : ,

image016.jpg
Image credit to Harian Metro

Entah lah apa nak jadi dengan dunia sekarang ni. Aku memang dah lama nak post entri ni tapi tak berkesempatan nak berbuat begitu sebab kesibukan melanda menjelang persiapan nak kahwin ni. Disini aku mahu tekankan bahawa masalah sekarang ni memang dah terlalu teruk melanda MALAYSIA. Lebih-lebih lagi dalam gejala DADAH yang banyak melibatkan kaum melayu di tahap tertinggi carta hit PENAGIH DADAH.

Paling aku kesalkan tak mencukupi menghisap bersama kawan seperjuangan malah ada yang membawa anak mereka sekali apabila melakukan aktiviti tersebut. Apakah mereka ini tidak mempunyai otak untuk berfikir? DADAH akan membawa kita kepada kerosakan akhlak dan akidah. Kenapa masih mahu libatkan kanak-kanak yang tidak tahu apa makna kehancuran? Aku sangat meluat melihat gambar yang memualkan seperti binatang yang tidak mempunyai akal untuk berfikir sedangkan binatang itu sendiri tidak mengajar anaknya ke arah kehancuran….

Bukan ke seorang bapa itu seharusnya mengajar anaknya tentang cara bagaimana mahu hidup secara sihat, beribadah, menghormati orang tua, mengaji, bersekolah, dan banyak lagi tentang cara peradaban manusia ke arah kebaikan DUNIA dan AKHIRAT?

Nothing At All

Filed Under (Informasi, pelik) by admin on 17-03-2008


Mmmmmmm Aku letih betul hari ni dari pagi tadi sampai malam aku belum dapat rehat. Asyik kerja je. Balik kerja jam 7 malam terus ambil tunang aku. Sampai sahaja tempat kerja tunang aku dijemput pula untuk bermain bowling. Aduh penatnya tapi apakan daya sayang punya pasal. Aku ingat nak tulis satu post hari ni tapi tak sempat pula. Aku dah kepenatan sehari suntuk berkerja dan melayan tunang aku. Jadi hari ni aku cuma tulis sikit je supaya blog aku ni tak lah kosong sangat. Aku jumpa gambar ni kat DAILYMAIL bayi ni ada dua muka. Kalau dahulu ada orang kata yang manusia bermuka dua tu seorang yang depan cakap lain belakang cakap lain tapi manusia yang baru dilahirkan di India ni cakap depan dengan belakang pun sama. Tak gitu? (aku bukannya menghina ciptaan tuhan tapi menghargainya dan aku nampak sekarang yang dunia ni dah nak sampai ke penamatnya sebab dahulunya hanya kata-kata yang dapat digambarkan tetapi sekarang ALLAH sudah menunjukkan bukti kata-kata kita)

ALLAHHUAKBAR
!!!!!