
Foto Oleh Mohd Aidil
Setelah berbulan Mohd Aidil tidak menulis entri kini aku kembali lagi dengan topik lintah dan bekam lintah. Aku mengalami kesibukan yang amat sangat sehingga terlepas pandang kepada perkara yang sepatutnya aku buat dalam tempoh kesibukan aku itu.
Setelah membuat jadual yang sangat rapi dan sibuk mengisi masa bersama isteri dan kawan-kawan serta kerja yang tak pernah habis menunggu aku, kini aku akan membahagikan masa untuk isteri, kerja dan kawan. Berbalik kepada entri aku hari ini pasal lintah dan bekam lintah.
Pada 28hb dan 29hb Jun yang lalu Mohd Aidil telah mempengerusikan sebuah kursus ternakan lintah yang di anjurkan oleh TD BUSINESS GROUP di Hotel Good Hope Skudai. Terdapat beberapa perkara baru yang dapat dikongsikan oleh Mohd Aidil untuk semua pembaca. Antaranya adalah bekam lintah yang dialami sendiri Mohd Aidil kerana mengalami sakit kepala pada hari tersebut. Bekam lintah ini sangat bagus dan berkesan jika digabungkan dengan teknologi akupuntur kerana lintah akan menghisap darah yang kotor sahaja dan mengeluarkan toksin serta penyakit dari badan kita. Read the rest of this entry »

Foto oleh Mohd Aidil
Mohd Aidil sekali lagi di jemput ke satu pameran dalam kempen agrocultur yang di anjurkan oleh TEKUN NASIONAL di Ulu Tiram Johor pada hari Sabtu 10/5/2008 bersama Mejar Azman dan pihak TD AGROTECH. Read the rest of this entry »
Hari ni adalah hari yang bahagia buat Mohd Aidil kerana dah selamat sampai ke rumah dan berehat secukupnya setelah 2 hari berkampung di Paya Redan Pagoh, Muar Johor. Kenapa aku berada di sana disebabkan mempromosikan lintah secara komersial kepada penduduk kampung di sana. Read the rest of this entry »
Sekali lagi Mohd Aidil dikirim berita yang agak mengelirukan semua. Aku sudah berjanji akan berjumpa dengan seorang rakan niaga pada jam 8 malam semalam di restoran Aliff Taman Putra. Sesampainya aku disana aku pun memesan minuman sebab dijangkakan pertemuan yang singkat. Setelah setengah berbual dan berbincang tentang pelaburan yang aku rancangkan untuk rakan niaga aku datang pula seorang lagi rakan hendak lepak bersama kami. Read the rest of this entry »




Seleksi hari cuti Mohd Aidil biasalah berjalan-jalan dengan tunang. Destinasi kali ni aku ke Jaya Jusco Tebrau City. Macam biasa lepas penat merayau seluruh jusco perut rasa lapar pula. Puas aku jenguk mana tempat yang sedap dan murah. Aku perasan tempat ni ada kelainan sebab ingatkan jual pokok bunga tetapi ada cafe kecil didalamnya. Aku rasa hairan pula tetapi memang hajat nak cuba sesuatu yang lain dari biasa aku cuba.
Aku memesan Nasi ulam Ayam dan tunang aku memesan Ayam Teriyaki. Rupa memang cantik dan rasa memang marbeles. Pergh!! Aku datang sini bukan hanya nak makan tetapi boleh online secara percuma. Aku sangat happy memblogging ni tapi tunang aku pula nampak bosan je sebab aku asyik je tulis post nak update. Aku akan sambung lagi post yang akan datang dengan entri yang pelik bagi Mohd Aidil…. Salam

Mohd Aidil memang nak post sesuatu hari ni tapi badan ni rasa tak berapa sihat pula. Jadi aku cuma post gambar dan beberapa tulisan ringkas yang aku rasa cukup untuk post hari ni. Rasanya nak pergi makan dekat Delifrance lah sebab ada roti dan sup cendawan yang sedap dan tak lah berapa mahal sangat.