
Image credit to google
Dah lama sangat aku nak luahkan rasa hati tapi tak terucap dengan kata-kata. Aku cuba pendam dan aku cuba rasakan apa yang dia rasakan namun gagal temui jawapan.
Setelah beberapa ketika aku memendam rasa dan menyimpan rasa bersalah ini, ku temui jalan untuk aku luahkan rasa melalui sebuah lagu Cuma maksudnya bukanlah 100% sama. Read the rest of this entry »

Foto Oleh Metro
KUALA LUMPUR: Seorang terpaksa manakala seorang lagi rela, tetapi situasi dihadapi tetap sama — dijual suami yang malas kerja tetapi mahu hidup senang, walaupun terpaksa makan hasil ‘duit lendir’.
Begitulah nasib dua wanita yang menjadi pelacur dan pelayan pelanggan (GRO) selepas mendirikan rumah tangga dengan lelaki dicintai yang kononnya sanggup hidup susah senang bersama-sama hingga ke akhir hayat.
Zulaika, 35, dan Amelia, 30, yang dipertemukan dengan Metro Ahad dengan pertolongan sumber yang pernah menggunakan khidmat kedua-dua wanita Melayu beragama Islam itu, menceritakan pengalaman masing-masing dalam dunia hitam penuh noda dan dosa. Read the rest of this entry »

Gambar Oleh Mohd Aidil
Ekspo PKS 2008 telah berlangsung di Angsana JB pada 8, 9, dan 10hb Ogos 2008 yang lalu. Ekspo ini di anjurkan oleh TEKUN dan UPENS untuk usahawan kecil dan sederhana.
Seperti yang sedia maklum, Mohd Aidil juga turut serta dengan pameran Lintah dari Syarikat TD BUSINESS GROUP. Berikut adalah laporan Ekspo PKS 2008 Angsana JB Read the rest of this entry »

Gambar Oleh Mohd Aidil Dari Akhbar Metro
Pada 25hb Julai yang lalu aku ada menulis entri tentang kalaulah kita bersatu… Mungkin entri aku kali ni berbeza dengan entri sebelumnya tetapi ada kait mengait dengan kaum melayu itu sendiri. Harian Metro hari ini telah digemparkan dengan satu berita yang kita tak pernah fikir atau memang fikir kejadian ini memang tidak dapat atau tidak boleh dilakukan dari segi ukum syarak tetapi telah dilakukan oleh seorang ustaz yang beragama islam demi mengambil kesempatan terhadap seorang ibu tunggal. Read the rest of this entry »

Gambar Oleh Mohd Aidil
Aku dah lama nak tulis entri tentang MELAYU TAKKAN HILANG DI DUNIA tapi masih ragu-ragu dengan isi kandungan yang aku katakan akan menyinggung perasaan ramai orang melayu yang membacanya nanti. Bila MEGAT mula menyuarakan pendapatnya maka kini giliran Mohd Aidil dah tiba. Aku bukan nak kata pandai atau hebat sangat tapi tidakkah kau rasa yang melayu hampir kecundang dalam perjuangan di tanah sendiri? Read the rest of this entry »

Foto oleh Mohd Aidil
Tepat jam 12 tengah malam Hari Isnin yang lalu Mohd Aidil berasa sangat gembira dengan suatu berita yang beliau sendiri tidak menyangka akan dapat. Mohd Aidil Dot Com telah di UPDATE oleh GOOGLE dan sekali gus mendapat PR3 pada update yang pertama setelah berpenat lelah 3 bulan berblogging. Read the rest of this entry »

Foto Oleh Mohd Aidil
Seperti Entri Mohd Aidil sebelum ini, aku pernah ceritakan tentang ternakan lintah dan kursus usahawan lintah yang pernah Mohd Aidil kelolakan bersama Mejar Azman pada siri pertama.
Kali ini kejayaan Mohd Aidil buat kali ke-3 nya menganjurkan KURSUS USAHAWAN LINTAH siri 3 berjalan lancar atas usaha sama Mejar Azman dari GMTt dan TD AGROTECH dari TD BUSINESS GROUP Read the rest of this entry »
Tempat: Hotel Naza Jalan Bukit Meldrum, Johor Bahru.
Tarikh: 17 Mei 2008 (9.00 pagi-5.00 petang), hari Sabtu.
Yuran : RM 500.00 *Termasuk minum pagi,makan tengah hari & minum petang.
**Bayaran RM500 ke dalam akaun GMTt (Maybank 562218202104)
Sila SMS Nama, No Tel, No. KP & Tarikh bayaran setelah pembayaran dibuat.
Kelebihan Kursus:
# Penceramah berpengalaman dari TD Business Group Sdn Bhd, sebuah syarikat
yang berpengalaman didalam bidang Perusahaan dan Ternakan lintah Komersial.
# Ceramah Keusahawanan (Entrepreneurship) oleh Pakar Motivasi Keusahawanan.
# Taklimat bantuan pinjaman dari pihak TEKUN.
# Penerangan mengatasi masaalah teknikal penternakan lintah.
# Sistem “Contract Farming” akan ditawarkan. Penerangan mengenai
perjanjian/ MOU diantara Vendor/ TD Agrotech oleh Peguam syarikat.
Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut:
Mohd Aidil (016-7844444)

Foto by Mohd Aidil
Hari ini Mohd Aidil melawat kawasan ternakan lintah dan membuat sedikit perbincangan dengan Mejar Azman iaitu rakan kongsi Mohd Aidil. Aku datang tepat jam 12 tengah hari.
Aku datang dan terus meninjau keadaan lintah-lintah kami. Kami dapati lintah-lintah tersebut sangat selesa dengan keadaan dalam tangki yang kami sediakan. Kami pun tak banyak nak ubah cara kehidupan lintah ini. Kami sediakan tempat yang menyerupai habitat asal lintah ini. Read the rest of this entry »

Foto oleh Mohd Aidil
Sempena Hari Buruh ni Mohd Aidil ingin mengucapkan terima kasih kepada Rohaizad kerana menulis satu entri tentang Hari Buruh. Sebelum aku berkerja sebagai penjawat awam, aku juga sama seperti Rohaizad yang berkerja di shopping kompleks sibuk melayan pelanggan yang datang membeli belah.
Dahulunya aku berkerja sebagai pelayan di sebuah restoran makanan segera. Dalam sibuk menyambut Hari Buruh aku pulak sibukkan diri aku melayan pelanggan kerana gajinya dua kali ganda daripada hari biasa. Sekarang aku rasa bebas kerana pada Hari Buruh aku juga seperti orang lain yang bercuti dengan ahli keluarga mereka walaupun tak lah dapat gaji.
Dan paling bestnya hari ini adalah Mummy aku menyambut hari lahirnya yang ke 49 tahun. HAPPY BIRTHDAY MUMMY!!!!