Jangan Bersedih Lagi!
Filed Under (Interaktif, Pemilik, Pengalaman, rileks, sekilas) by admin on 04-09-2008
Tagged Under : , blogging, Mohd aidil
Image credit to google
Dah lama sangat aku nak luahkan rasa hati tapi tak terucap dengan kata-kata. Aku cuba pendam dan aku cuba rasakan apa yang dia rasakan namun gagal temui jawapan.
Setelah beberapa ketika aku memendam rasa dan menyimpan rasa bersalah ini, ku temui jalan untuk aku luahkan rasa melalui sebuah lagu Cuma maksudnya bukanlah 100% sama.
JANGAN BERSEDIH LAGI dendangan Anuar Zain jadi pemangkin untuk aku meluahkan rasa bersalah, kecewa, sedih, kesal dan bermacam rasa lagi yang tak dapat aku tulis di sini.
“Kekasihku jangan bersedih lagi keringkanlah titisan air mata di pipi…” Itulah yang aku nak cakap pada dia tapi kelu lidah bila melihat dia begitu sedih dengan apa yang kami lalui bersama tapi cukup kental semangat dan tabah hatinya mengharungi segala dugaan.
“Kekasihku tabahkan hatimu sekalipun tak pernah terduga halangan yang melanda melenyapkan impian bersama. Jangan di kesali atas apa yang terjadi mungkin rahmat sebaliknya membuahkan bahagia”. Aku tahu kita sama saling percaya tapi mungkinkah aku bersalah dengan berbuat begini?
Inilah yang aku katakan takdir di mana nasib baik tidak menyebelahi aku dan dia kerana hakikat apa yang aku harapkan tidak seindah yang di mimpikan.
Maafkan aku sayang kerana belum mengecapi bahagia sewaktu bersamaku. Aku janji bahawa kaulah satunya dalam hidupku kerana aku dapat rasakan bahawa kau seorang sahaja yang merasakan perasaan aku selama ini. Tak mungkin aku akan tinggalkanmu…..
Nukilan Rasa dari MOHD AIDIL

[…] ini Mohd Aidil nak kongsikan sedikit cerita tentang sambungan dari entri Jangan Bersedih Lagi di mana aku ada luahkan rasa bersalah, kecewa, kesal, sedih dan macam lagi aku kat entri […]