Kita Adalah Pemimpin
Filed Under (Informasi, Pemilik, sekilas) by admin on 19-08-2008
Tagged Under : , blogging, Mohd aidil
Dalam sebuah organisasi atau komuniti mestilah ada seorang yang bertanggung jawab menyelia atau menguruskan organisasi atau komuniti itu supaya berjalan dengan lancar dengan erti kata yang lain mengikut perancangan atau atur cara kerja yang telah di tetapkan.
Kenapa kita selalu menganggap orang yang dipertanggung jawabkan adalah orang yang tamak kuasa dan pangkat kerana senang menyuruh atau mengarah orang lain dalam organisasi atau komuniti itu sedangkan orang yang menyuruh atau mengarah itu hanya membuat kerja yang ringan berbanding orang yang di suruh atau di arah oleh nya.
Hakikat sebenar tidaklah begitu tidak adil pada mata kasar orang yang memandang tetapi tidak melihat dengan hati nya kerana hanya nampak kesenangan sebelah pihak sahaja.
Begini penjelasannya, kalau seorang itu di lantik oleh organisasi atau komuniti itu sebagai pemimpin haruslah organisasi atau komuniti itu menerima hakikat bahawa lantikan itu adalah suara ramai bukanlah suara individu yang menyokong individu yang di lantik itu.
Bagi mereka yang meilih atau melantik individu sebagai pemimpin mereka haruslah faham tentang tanggung jawab sebagai seorang pemimpin dan harus faham juga tentang tanggung jawab sebagai segolongan individu yang di pimpin.
Tanggung jawab antara dua golongan ini amat lah berbeza dari segi pelaksanaan nya. Bagi pemimpin, tanggung jawab nya adalah memimpin dan memastikan supaya apa yang di sampaikan adalah sejajar dengan etika kepimpinannya.
Betul kata MEGAT PEMIMPIN perlu ada beberapa kriteria seorang pemimpin seperti mana yang MEGAT cerita dalam blognya.
Entri aku kali ini adalah ingin menyampaikan mesej yang berbunyi KITA SEMUA ADALAH PEMIMPIN kerana dalam organisasi atau komuniti di luar mungkin kita adalah pengikut tetapi apabila berada di dalam organisasi atau komuniti kita sendiri kita adalah PEMIMPIN. Walaupun entri aku takda kaitannya dengan entri MEGAT
Dalam erti kata yang lain KITA SEMUA ADALAH PEMIMPIN……
RENUNGKANLAH APA YANG AKU CATATKAN INI KERANA SUATU HARI NANTI SEMUA INDIVIDU DI DUNIA INI AKAN BERGELAR PEMIMPIN BILA SAMPAI WAKTUNYA

setuju. kepimpinan itu ada dalam diri setiap manusia. cuma mereka perlu tahu bagaimana nak menggunakannya.
psikologi manusia yang mainkan peranan yang kuat mengenainya. dalam islam sendiri banyak mengunakan pendekatan psikologi.
Megat: Terima kasih kerana sependapat dengan aku.