Melayu memang dah “Me-Layu”
Filed Under (Informasi, Interaktif, sekilas) by admin on 28-07-2008
Tagged Under : , blogging, Mohd aidil

Gambar Oleh Mohd Aidil Dari Akhbar Metro
Pada 25hb Julai yang lalu aku ada menulis entri tentang kalaulah kita bersatu… Mungkin entri aku kali ni berbeza dengan entri sebelumnya tetapi ada kait mengait dengan kaum melayu itu sendiri. Harian Metro hari ini telah digemparkan dengan satu berita yang kita tak pernah fikir atau memang fikir kejadian ini memang tidak dapat atau tidak boleh dilakukan dari segi ukum syarak tetapi telah dilakukan oleh seorang ustaz yang beragama islam demi mengambil kesempatan terhadap seorang ibu tunggal.
Hanya bermodalkan sebuah kitab dan wang mas kahwin sebanyak RM50, seorang ustaz yang pernah menjadi pegawai kanan di sebuah jabatan agama menjerat seorang ibu tunggal dengan menikahinya menggunakan wali dan saksi ghaib. Peliknya, pengantin lelaki sendiri yang menjadi juru nikahnya dalam upacara di bilik hotel yang hanya di hadiri mereka berdua sahaja.
Apa yang aku nak katakan di sini adalah jika seseorang itu hendak melakukan maksiat tidaklah begitu susah dan orang yang di anggap sangat mulia pun sanggup melakukan maksiat demi nafsu serakah yang di rasuk syaitan kerana ingin mengambil kesempatan terhadap insan yang lemah.
Inilah yang aku maksudkan melayu itu dah “ME-LAYU” kerana kalau keadaan ini berterusan akan berlakulah perlakuan maksiat besar-besaran. Semua orang boleh menikahkan dirinya sendiri. SUKALAH MAT REMPIT KAT LUAR SANA!!!! (mohon maaf kepada mat rempit yang baik yang tidak melakukan apa yang MAT REMPIT lakukan sehingga perkataan REMPIT itu di anggap sangat jahat)
