Kalaulah Kita Bersatu…..
Filed Under (Informasi, Interaktif, Pengalaman) by admin on 25-07-2008
Tagged Under : , blogging, Mohd aidil

Gambar Oleh Mohd Aidil
Aku dah lama nak tulis entri tentang MELAYU TAKKAN HILANG DI DUNIA tapi masih ragu-ragu dengan isi kandungan yang aku katakan akan menyinggung perasaan ramai orang melayu yang membacanya nanti. Bila MEGAT mula menyuarakan pendapatnya maka kini giliran Mohd Aidil dah tiba. Aku bukan nak kata pandai atau hebat sangat tapi tidakkah kau rasa yang melayu hampir kecundang dalam perjuangan di tanah sendiri?
Aku taknak komen banyak sangat sebab aku tak mahu dikategorikan seperti apa yang MEGAT tulis di blognya. ( Menghasut melalui BLOGGING ). Cuma disini aku nak tahu daripada semua tentang BERSATU KITA ROBOH BERCERAI… Lu pikirlah sendiri!
Kalau kita semua bersatu taklah kita berperang sesama sendiri semasa meniaga tak gitu? Dalam satu tempat atau kawasan hanya ada satu sahaja peniaga melayu buka restoran atau warung tak boleh orang melayu lain datang meniaga dekat atau satu kawasan dengannya. Kalau kita bersatu tak lah jadi berbomoh sesama sendiri. Tetapi MELAYU memang handal dan pandai belaka. Semua ada PHD. Kalaulah kita bersatu……
Kita ada akal dan fikiran tapi masih gagal gunakan dengan baik. Contohnya Bila ada yang membuka restoran atau warung berhampiran antara satu sama yang lain ( maksud aku orang melayu kita ) mesti ada yang dengki antara satu sama yang lain ( warung A akan menghantar spy ke warung B dan memulakan tinjauan ramai atau tidak pelanggan warung B, kalau ramai maka terjejas pula keuntungan warung A akan terjadilah perang ).
Aku harap korang faham apa yang tersirat dalam entri aku kali ni. Aku malas nak berceloteh lagi takut terkeluar yang tak sepatutnya keluar… Bagi mereka yang belum faham erti bersatu cuba renungkan kembali waktu dahulu di mana MELAYU KUAT! MELAYU HEBAT! Tapi mana perginya SEMANGAT itu sekarang?

skang ni dah mulai retak cuma menanti belah je. bila retak macam ni semangat pun mulai hilang.
dahulu kita (melayu) umpama “lidi seikat”, segala ancaman kita betah melawan tapi kini sudah berubah. sesama sendiri pun nak cari pasal.
itulah pasal. kalau aku ada kuasa untuk mengubah nama “me-layu”, pastinya akan ubahnya menjadi “me-nyegar”.
serious!
menyegar? Ekekeke.. So creative.. Good one.. I like it..
Yelah Aku pun rasa camtu gak pasal ‘melayu’ macam dah layu lak sekarang ni cuma ramai orang melayu yang masih tak sedar akan ‘kelayuannya’
memang sifat PHD yang menular dalam diri bangsa Melayu adalah sebab utama mengapa kita sering gaal.kejatuhan kerajaan Melaka juga,berlaku kerana sifat PHD yang ada dalam diri pembesar-pembesar mereka.itu lah sifat yang eprlu kita ubah.
Paan: Betul apa kau cakap paan. Aku bukan cakap orang lain tapi selalu berpesan pada diri sendiri janganlah selalu berperasaan negatif pada orang lain.