Aku Kembali!!!!
Filed Under (Pemilik, Pengalaman, jalan-jalan) by admin on 15-07-2008
Tagged Under : Bekam Lintah, Kursus, Lintah, Mohd aidil

Foto Oleh Mohd Aidil
Setelah berbulan Mohd Aidil tidak menulis entri kini aku kembali lagi dengan topik lintah dan bekam lintah. Aku mengalami kesibukan yang amat sangat sehingga terlepas pandang kepada perkara yang sepatutnya aku buat dalam tempoh kesibukan aku itu.
Setelah membuat jadual yang sangat rapi dan sibuk mengisi masa bersama isteri dan kawan-kawan serta kerja yang tak pernah habis menunggu aku, kini aku akan membahagikan masa untuk isteri, kerja dan kawan. Berbalik kepada entri aku hari ini pasal lintah dan bekam lintah.
Pada 28hb dan 29hb Jun yang lalu Mohd Aidil telah mempengerusikan sebuah kursus ternakan lintah yang di anjurkan oleh TD BUSINESS GROUP di Hotel Good Hope Skudai. Terdapat beberapa perkara baru yang dapat dikongsikan oleh Mohd Aidil untuk semua pembaca. Antaranya adalah bekam lintah yang dialami sendiri Mohd Aidil kerana mengalami sakit kepala pada hari tersebut. Bekam lintah ini sangat bagus dan berkesan jika digabungkan dengan teknologi akupuntur kerana lintah akan menghisap darah yang kotor sahaja dan mengeluarkan toksin serta penyakit dari badan kita.

Ini adalah gambar pada hari kursus 28hb dan 29hb Jun 2008 di ladang TD BUSINESS GROUP
Jika mahu lihat gambar tentang cara berbekam sila klik sini

