Sempena menantikan PR4 Untuk Next Google Update Mohd Aidil Dot Com
Filed Under (Interaktif, Pengalaman, rileks) by admin on 24-05-2008
Tagged Under : , blogging, Mohd aidil

Foto oleh Mohd Aidil
Tepat jam 12 tengah malam Hari Isnin yang lalu Mohd Aidil berasa sangat gembira dengan suatu berita yang beliau sendiri tidak menyangka akan dapat. Mohd Aidil Dot Com telah di UPDATE oleh GOOGLE dan sekali gus mendapat PR3 pada update yang pertama setelah berpenat lelah 3 bulan berblogging.
Mohd Aidil sendiri ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sifunya sendiri kerana banyak membantu dalam berbloging ini. Asalnya dari tak tahu apa pun tentang blog, website, tulis entri, upload gambar dan banyak lagi yang sedang Mohd Aidil pelajari sampai sekarang.
Dengan itu Mohd Aidil Dot Com telah pun berubah wajah buat kali keduanya dalam meneruskan usaha berblogging dengan harapan agar Mohd Aidil lebih gigih dalam mengetengahkan sesuatu entri supaya pembaca dapat memahami isi kandungan dan terus melawat tanpa rasa bosan.
Mungkin dengan adanya wajah baru yang lebih bersih dan lebih tersusun atur cara template Mohd Aidil yang baru ini dapat memuatkan data dan maklumat dengan lebih jelas dan mudah di baca. Untuk pengetahuan pembaca semua Mohd Aidil akan melangsungkan perkahwinan dengan wanita idamannya pada 1hb JUN 2008
SEMOGA KEKAL KE AKHIR HAYAT!!!!!

Tahniah bro.
Tetapi harus diingatkan, tade sape tau mcm mane google PR ni diambil kira. Lebih tgk Alexa (untuk Malaysia) atau Technorati Rank.
Tahnia juga sebab nak kawen.. (bila la turn aku plak ni)
Noktah hitam: Thanks bro, aku ni baru berkecimpung dalam blogging ni jadi kalau ada salah dan silapnya janganlah segan menegur supaya lebih baik entri yang akan datang.
salam singgah.tahniah ya aidil sebab dah dapat PR3. Semoga sentiasa berusaha. dan jugak, tahniah sebab dah mendirikan ‘masjid’.
Semoga kekal hingga ke anak cucu.