Apakah Perasaan Kau Bila Di Tipu?

Filed Under (Informasi, Pengalaman, rileks) by admin on 23-05-2008

Tagged Under : ,

image036.jpg
Foto oleh Mohd Aidil

Aku sangat gembira kerana mendapat seorang rakan niaga yang baik, berilmu, beramal, soleh, dan segala yang baik oleh di dapati pada rakan niaga aku ini. Aku sangat berbesar hati kerana dapat berkongsi pendapat dan perniagaan sekali gus dengan rakan niaga aku ini. Memang jauh bara dari api nak di bandingkan aku dengan rakan niaga aku ni. Aku memang lah sangat tidak padan jika di bandingkan dengan beliau. Aku yang terasa lebih rendah pangkat dan darjat jika di bandingkan dengan rakan niaga aku ni.

Ceritanya (Cara aku berjumpa degan rakan niaga aku) bermula bila aku mula menceburkan diri dalam bidang pelaburan. Tapi pelaburan yang aku ceburi ini tidak melibatkan kerajaan maklumlah pelaburan haram. Lebih sesuai jika aku cakap SKIM CEPAT KAYA. Aku berjumpa ramai kenalan yang secara amnya downline aku masa aku melibatkan diri dalam pelaburan tersebut. Aku alami kerugian yang amat teruk sehinggakan aku beralih arah kepada perniagaan yang tulen (maksud aku perniagaan konvensional).

Dalam mencari perniagaan apa yang sesuai untuk aku jalankan, aku terjumpa seorang rakan yang sanggup menjadikan aku sebagai konsultan beliau dalam perniagaan xxxnya. Aku setuju dengan tanpa syarat di kenakan kepada beliau kerana menganggap beliau jujur dan ikhlas menolong seorang rakan yang sedang mengalami kesusahan pada ketika itu.

Aku terus mencuba sedaya upaya mencari klien yang berminat menjadi rakan niaga beliau dengan harapan mengubah nasib aku pada masa akan datang. Aku berjumpa ramai orang termasuk rakan niaga aku yang aku maksudkan pada perenggan di atas. Aku tak pernah berjumpa dengan rakan niaga aku ni. Beliau menelefon dan ingin berjumpa dengan aku untuk bertanyakan sesuatu tentang sebuah perniagaan yang beliau sendiri minat.

Aku juga ingin berjumpa beliau kerana merasakan sesuatu yang mungkin akan menolong kami pada masa akan datang jika berkerja sama dengan ikhlas dan jujur antara satu sama lain. Itulah yang aku rasakan sebelum dan selepas aku berjumpa dengan beliau. Pada mulanya aku berjumpa, keadaan memaksa aku menerangkan sesuatu perkara yang di tanya sedangkan orang yang menanya aku lebih arif dan pandai berbanding aku. Aku dengan selambanya memberitahu beliau tentang sesuatu yang aku belum pasti tetapi aku yakin ianya fakta yang benar.

Aku tahu fakta yang aku beritahu pada beliau mungkin salah dan tak semuanya benar kerana riak muka beliau dapat menunjukkan ketidaksetujuan dengan apa yang aku katakan tetapi beliau amat tenang dan sangat memahami bahawa orang yang menerangkan kepada beliau bukanlah orang yang mahir. Dari situlah aku berkenalan dengan beliau dan menjadi rakan niaga beliau.

Aku tidak lah cerewet sangat bila berurusan dengan rakan niaga jika hendak menguruskan perniagaan, tetapi bagi aku amatlah penting berlaku jujur dan berterus terang jika berkongsi perniagaan dan bukanlah menjadikan rakan niaga sebagai pekerja yang harus mengikut satu komunikasi sehala sahaja.

Sebenarnya aku ingin menceritakan kepada semua bahawa aku telah ditipu secara sengaja ataupun tidak oleh rakan niaga aku kerana tidak berlaku jujur. Jika kau punya teman dapatkah kau rasa apa yang dia rasa? Jika kau punya kasih dapatkah kau membelainya? Jika kau punya hati dapatkah membohonginya? Jika kau punya rakan niaga dapatkah kau terus mengekalkan perkongsian dengannya?

Post a comment

aidil2.jpg