Lintah Oh Lintah!!!
Filed Under (Interaktif, Pemilik, Pengalaman, rileks) by admin on 04-05-2008
Tagged Under : , Lintah, Mohd aidil

Foto by Mohd Aidil
Hari ini Mohd Aidil melawat kawasan ternakan lintah dan membuat sedikit perbincangan dengan Mejar Azman iaitu rakan kongsi Mohd Aidil. Aku datang tepat jam 12 tengah hari.
Aku datang dan terus meninjau keadaan lintah-lintah kami. Kami dapati lintah-lintah tersebut sangat selesa dengan keadaan dalam tangki yang kami sediakan. Kami pun tak banyak nak ubah cara kehidupan lintah ini. Kami sediakan tempat yang menyerupai habitat asal lintah ini.
Kami letakkan sedikit kiambang bulan dan batang pisang supaya keadaan dalam tangki poli nampak seperti habitat asal lintah ini. Pasu pula sebagai mahligai lintah untuk lintah-lintah ini membiak dan bertelur di dalamnya.
Ini pula Mejar Azman rakan kongsi Mohd Aidil sedang menunjukkan cara pembiakan lintah kepada salah seorang peserta Kursus Usahawan Lintah yang kami adakan pada 26hb April lalu.
Senang kan ternak LINTAH?



