Sekilas Menu Di Delifrance
Filed Under (Pengalaman, Tempat, sekilas) by admin on 03-05-2008
Tagged Under : Mohd aidil
Sudah 3 hari Mohd Aidil tidak menulis entri kerana kesibukan dalam menguruskan persiapan yang belum selesai bagi menjelangnya hari perkahwinan. Dalam kelam kabut ke sana ke sini untuk mencari barang yang masih belum lengkap aku pun singgah di Delifrance untuk menjamu selera.
Aku bagaikan tidak ada selera kerana penat dan tak bermaya untuk mengunyah roti tetapi tidak ku sangka bahawa Delifrance bukan hanya menjual roti malah makanan berat juga ada. Aku sangat selesa berada di restoran ini kerana tempatnya sangat sesuai untuk bersantai sambil minum petang.
Lamb Chop dengan sos lada hitam, broccoli, kentang, bawang, sup dan minuman ringan adalah set yang sangat berpatutan harganya.
KALAU KORANG NAK RASA MENU INI BOLEH BERTANDANG KE DELIFRANCE!!!



Ni Delifrance mana nie?
The Zon ke?
Teringat kenangan masa lalu jad… Anyway lepak kat sana memang cool cuma wifi je takda…