Bestnya Hari Buruh!!!
Filed Under (Informasi, Interaktif, Pengalaman, rileks) by admin on 30-04-2008
Tagged Under : blogging, Mohd aidil

Foto oleh Mohd Aidil
Sempena Hari Buruh ni Mohd Aidil ingin mengucapkan terima kasih kepada Rohaizad kerana menulis satu entri tentang Hari Buruh. Sebelum aku berkerja sebagai penjawat awam, aku juga sama seperti Rohaizad yang berkerja di shopping kompleks sibuk melayan pelanggan yang datang membeli belah.
Dahulunya aku berkerja sebagai pelayan di sebuah restoran makanan segera. Dalam sibuk menyambut Hari Buruh aku pulak sibukkan diri aku melayan pelanggan kerana gajinya dua kali ganda daripada hari biasa. Sekarang aku rasa bebas kerana pada Hari Buruh aku juga seperti orang lain yang bercuti dengan ahli keluarga mereka walaupun tak lah dapat gaji.
Dan paling bestnya hari ini adalah Mummy aku menyambut hari lahirnya yang ke 49 tahun. HAPPY BIRTHDAY MUMMY!!!!
