Usahawan Lintah
Filed Under (Peluang, Pemilik, rileks) by admin on 11-04-2008

Image credit to Sloone
Sekarang ni aku dah bergelar usahawan LINTAH dan akan meneruskan usaha menternak LINTAH ni sebaik yang mungkin. Aku baru sahaja mempelajari sedikit sebanyak tentang LINTAH ni. Spesis ni adalah suatu spesis yang unik di mana ia akan membiak dengan sendiri tanpa mengawan sesama mereka.
Kaedahnya senang sahaja, apabila cukup makan dan sihat , mereka akan bertelur dan menghasilkan kokun. Cukup masa sahaja kokun akan menjadi anak seperti ulat air, memang tak nampak. Apabila besar sehingga hampir 1 inci, maka anak tersebut akan dialihkan ke habitat yang lain. Ini kerana anak tersebut akan mula menghisap darah induknya sendiri. Genap pula 3 bulan hasilnya boleh lah dituai dan dijual. Selamat belajar…..
