Mangsa Penipuan Alam Siber

Filed Under (Informasi, Interaktif, Pengalaman, sekilas) by admin on 04-04-2008

Tagged Under : , ,

Kewujudan laman web seperti Friendster, Myspace, Tagged, Kawanster sering dijadikan platfom untuk berkenalan dengan individu lain atau menghubungkan sahabat terpisah. Namun ia ada kebaikan dan keburukannnya.

Ini kerana terdapat segelintir individu yang menggunakan ruangan tersebut untuk menipu dan menjerat mangsa-mangsa yang masih baru dalam mengenali alam siber dan dunia internet. Sama ada dalam bentuk wang ringgit, perasaan, dan sebagainya.

Ada satu kisah seorang mangsa yang hanya dikenali sebagai Ani memulakan perhubungan melalui chatting dan kemudian meneruskan dengan menyertai program seperti yang aku sebut diatas. Kemudian bermulalah perkenalan dengan berbagai individu, bujang, tunangan orang, suami orang, dan isteri orang. Adakah kita mengenali individu tersebut sebelum ini?

Hanya kepercayaan dan keyakinan diri terhadap individu tersebut yang membuatkan kita ingin berkawan dengan mereka ini. Aku pun ada beberapa kawan internet yang aku tak pernah jumpa sebelum dan sampai sekarang cuma bercakap atau berhubung melalui email sahaja. Ini yang terjadi kepada Ani yang akan aku ceritakan nanti.

Ani berkenalan dengan seorang pemuda di salah sebuah program diatas. Ani hanya berkawan biasa sahaja pada mulanya. Setelah beberapa bulan berhubung tanpa jumpa dan hanya melihat gambar melalui email dan profile masing-masing, timbullah satu perasaan percaya bahawa pemuda tersebut adalah jujur ingin meneruskan perhubungan dengannya ke tahap yang lebih serius. Ani telah termakan pujuk dan bersetuju menjadi kekasih kepada pemuda tersebut.

Setelah lama bercinta tanpa jumpa, pemuda tersebut pula mula percaya pada Ani dan memberikan kata laluan kepada semua email yang pemuda itu ada. Ani pada mulanya percaya bahawa Ani lah satu-satunya kekasih hati pemuda tersebut tetapi Ani tersilap. Ani mendapati bahawa pemuda tersebut mempunyai banyak nama dan personaliti. Dalam email pemuda itu mempunyai ramai kenalan lain di internet dan kekasih seperti Ani juga.

Pemuda tersebut menjadikan perempuan yang baru mengenali dunia siber dan internet ini sebagai mangsa beliau untuk kesenangan beliau sendiri. Apa yang aku lihat disini adalah pemuda tersebut menjadikan mangsa-mangsanya sebagai bank untuk menyalurkan wang setelah mangsa-mangsanya percaya setiap kata-katanya.

Aku disini hanya menasihati kepada yang baru mengenali dunia siber dan internet ini supaya berhati-hati dengan apa yang akan korang lalui akan datang. Jika ada yang meminta pertolongan dan orang itu korang tak kenal janganlah layan atau cuba tolong…

Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada kudrat kerja, ada wang lebih simpan, ada hutang bayar, ada otak LU FIKIRLAH SENDIRI……

Post a comment

aidil2.jpg