Banjir punca pengeluaran minyak sawit mentah merosot
Filed Under (Informasi, Interaktif, Pengalaman) by admin on 24-03-2008
Tagged Under : banjir, biodesel, CPO, stok

KELANA JAYA: Pengeluaran minyak sawit mentah (CPO) Malaysia bagi tempoh setengah tahun pertama (Januari-Jun) 2007 merosot lapan peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya kepada 6,679,228 tan. Penurunan pengeluaran bagi tempoh itu dikaitkan dengan kesan banjir yang berlaku penghujung 2006, di samping cuaca kering musim Monsun Barat Daya.
Pada tempoh itu, semua negeri pengeluar di Semenanjung mengalami kemerosotan pengeluaran kecuali Terengganu. Bagaimanapun, di Sabah dan Sarawak mencatat peningkatan. Peratusan kemerosotan yang dicatat adalah di antara 4.1 peratus hingga 21.5 peratus.
Pengeluaran Semenanjung Malaysia adalah sebanyak 3,581,561 tan, merosot 599,171 tan atau 14.3 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun sebelumnya. Sementara itu pengeluaran Sabah dan Sarawak 3,097,228 tan, meningkat 16,148 tan atau 0.5 peratus.
Stok akhir minyak sawit Malaysia bagi tempoh itu adalah sebanyak 1,200,806 tan, merosot 44,122 tan atau 27.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. Pengurangan stok itu dikaitkan dengan penurunan pengeluaran minyak sawit, mentah dan pertambahan penggunaan tempatan termasuk oleh kilang biodiesel.
Daripada jumlah itu, stok akhir CPO sebanyak 516,543 tan, susut 423,569 tan atau 45.1 peratus, berbanding tahun sebelumnya. Stok akhir minyak sawit proses juga menurun sebanyak 23,553 tan atau 3.3 peratus. Stok CPO merangkumi 43.0 peratus, dan bakinya 57 peratus stok minyak sawit proses.
Eksport minyak sawit tempoh Jan-Jun 2007 sebanyak 6,607,207 tan, merosot 564,951 tan atau 9.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. Kemerosotan eksport adalah disebabkan oleh pengeluaran yang rendah dan peningkatan harga minyak sawit masa kini.

kalau nak beli tanah utk mengusaha kelapa sawit, sekarang masa yang paling baik utk melihat keadaan tanah tersebut.. kalau banjir, baik jangan beli…
kalau harga CPO naik, lagi laa teruk…
Mani: saya rasa naik ke turun harga cpo ni ada baiknya sebab saya ada trade saham cpo kalo naik ada untung kalo turun pun buat duit gak.
jojo: kalau banjir pun bole beli lg murah harga sebab banjir tp jgn wat dulu projek kelapa sawit tunggu sat na…
hehe…mcm penah tgk je gambar dlm hujan tu. ingat sy lg tak?? yg sembang ngan abg kat mydin tu… ape2 pun,All d best to u…
hasnita: kenal… so anything just communicate ngan saya untuk info bg saya ke untuk awak ke… hope to see u as blogger soon