Adakah Perniagaan Multilevel Marketing Itu Haram?
Filed Under (Interaktif, Peluang, Pengalaman, jalan-jalan, rileks) by admin on 22-03-2008
Tagged Under : Base, Berjaya, Downline, Gaji, Islam, Minat, MLM, Modal, Mohd aidil, Pandai, Pekerja, Rangkaian, Syarikat, Tahap
Sekali lagi Mohd Aidil dikirim berita yang agak mengelirukan semua. Aku sudah berjanji akan berjumpa dengan seorang rakan niaga pada jam 8 malam semalam di restoran Aliff Taman Putra. Sesampainya aku disana aku pun memesan minuman sebab dijangkakan pertemuan yang singkat. Setelah setengah berbual dan berbincang tentang pelaburan yang aku rancangkan untuk rakan niaga aku datang pula seorang lagi rakan hendak lepak bersama kami.
Perghh!!!
Terkejutnya aku tiba-tiba mendengar perbualan sekumpulan lelaki yang berusia lebih tua dari aku di meja sebelah membincangkan tentang hukum MLM. Aku bukan sengaja ingin mencuri dengar perbualan orang lain tetapi topik yang dibualkan menarik minat aku untuk mendengar, memahami, dan seterusnya menulis entri ini supaya mendapat banyak lagi pendapat tentang hukum yang aku dengar ni.
Setelah berdebat sesama sendiri aku hanya memokuskan pada sesuatu topik yang menarik ni. Mereka kata yang perniagaan ber’base’kan multilevel atau dikenali networking atau rangkaian adalah HARAM dari segi agama Islam.
Sedengar aku dalam perbualan mereka, pensyarikatan dalam Islam mestilah mempunyai 3 perkara iaitu 1:Modal 2:pekerja 3:Syarikat. Mereka kata dalam MLM tidak memerlukan modal atau kata lainnya jika downline membayar sesuatu harga atau yuran itu adalah sebagai jualan kepada apa yang downline itu sendiri beli. Pada mereka atau individu yang mengasaskan syarikat yang menjalankan sitem MLM itu akan memperolehi modalnya dengan cara yang pantas.
Apabila pengasas syarikat tersebut sudah memperolehi modal, berlakulah penganiayaan disitu. Cuba anda bayangkan bahawa andalah orang yang bertungkus-lumus untuk mencari orang lain demi kesinambungan rangkaian tersebut dan janji syarikat untuk menjadikan anda kaya pada suatu hari. Anda menjadi kaya dengan hasil usaha anda tetapi selepas itu anda tidak perlu kerja untuk mendapat gaji lumayan seperti yang anda lakukan sebelum ini. Cuma menunggu rangkaian anda berkembang dengan hasil usaha downline anda pula.
Rangkaian ini akan berterusan kepada suatu tahap yang tidak dapat dijangka oleh semua orang pada semua level yang berkait dengan rangkaian tersebut. Mereka ini ada berkata bahawa pengasas syarikat tersebut tidak perlu melakukan kerja sedangkan boleh jadi kaya dengan hasil kerja orang lain malah hasil kerja itu dari orang yang tidak mungkin beliau kenal kerana atas rangkaian yang sangat besar.
Jika anda pula yang berada dibawah dan tidak merasa apa yang dijanjikan oleh syarikat tersebut tetapi telah pun berusaha mengembangkan rangkaian tersebut ke suatu level yang besar kerana syarikat sudah mengalami situasi Overpaid kepada rangkaian yang besar itu.
Persoalannya adalah ADAKAH ANDA ATAU DOWNLINE ANDA TERANIAYA OLEH SISTEM RANGKAIAN ITU?
Aku bukan MEREKA atau MENOKOK TAMBAH mahupun PANDAI tentang hukum agama CUMA mengingatkan umat Islam yang lain supaya berusaha untuk berjaya…

Laman7 starts from nothing. Camne ni bro, tak cukup syariat agame ni. Tp confirm laman7 bukan MLM
aku dapat maklumat ni daripada member sebelah meja itu pun terdengar bualan orang, aku pun tgh selidik gak untuk pastikan
Still argue lagi isu ni. Its depend on the system itself…